Saturday, November 5, 2016

Tak jaga makan kulit tetap hauk

Buat wanita tersayang di luar sana. Jaga pemakanan 😉😉😉

Saya selalu pesan pada kawan-kawan untuk jaga makan selain dari menggunakan skincare yang betul. Krim atau sabun merawat dari luar. Manakala apa yang anda makan adalah rawatan dari dalam. Produk skincare bukan alat magik. Kulit anda tak akan betul-betul cantik dengan hanya pakai krim. Makan suka hati. Maaf banyak. Perkara itu tak akan berlaku.

Most common skin problems datang dari diet yang tidak baik. Terutamanya pada diet yang tinggi kandungan gluten, gula dan produk tenusu.

Kita ambil contoh gula. Jika terlalu tinggi boleh sebabkan kehilangan tisu kolagen dan elastin pada kulit, spike insulin, spike hormon androgen hingga kulit boleh bertukar kasar. Jadi jangan terkejut bila kulit selalu naik jerawat, wajah sembap, kulit nampak kendur walaupun usia belum cecah 30 tahun.

Jaga pemakanan tak hanya semata nak jaga kulit. Uols makan right portion badan sendiri juga yang sihat, risiko diabetes masa mengandung dan segala jenis penyakit kronik berkurang. Nampak macam tak penting sebab muda lagi. Tapi tabiat makan ini perlu pupuk sejak awal. Sebab kesan dia datang bila uols dah tua nanti. Tambahan orang perempuan. Please jaga makan. Eat right. Tak minta untuk makan sayur buah mahal, ikan salmon, air osmosis terbalik 100 kali. Just kurangkan ambilan gula yang banyak ada dalam air manis, ais krim dan segala yang manis.

Tak percaya? Korang cuba. Uols akan nampak perubahan.

Ditulis dengan penuh cinta,
Nabilla Nasir 😘





No comments:

ShareThis