Thursday, July 23, 2015

Masker Oat + Lemon Untuk Kulit Sensitif Berjerawat

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Salam aidilfitri dan maaf zahir batin semua.

Sempena syawal yang mulia ni, saya nak share satu tips kecantikan yang saya dah amalkan hampir setahun juga. Tips ni khas untuk mereka yang mempunyai KULIT SENSITIF seperti saya. Jenis kulit seperti saya ni tak boleh sebarang pakai kosmetik atau skin care. Kalau tak serasi memang cari bencana letupan gunung berapi jerawat di atas kulit wajah.

One more thing, kulit sensitif ni juga tak boleh sentuh banyak kali. Terlebih cuci muka pun tak boleh. Haaaaa special kan kulit kiteorang. Aku memang tatang bagai minyak yang penuh.

Before that, kenapa saya pilih oat dan lemon. Jom kita research sikit. Penting buat research ye sayang-sayangku sekalian. Tak boleh pakai bedal saja.

Oat

Punca asal kulit sensitif ni adalah bila pelindung asli kulit dah takde atau musnah. Oleh itu, kulit jadi kering, senang bakteria nak membiak, rasa terik dan perit dan banyak lagi simptom lain. Di sinilah oat bertindak sebagai Kamen Riders selamatkan kulit engkorang. Oat boleh lembapkan kulit seterusnya mengurangkan rasa perit kulit sensitif selain turut bersifat anti inflamasi yang bertindak mengurangkan kemerahan pada kulit.

Lemon

Mengandungi Asid askorbik (Vitamin C), astringen semulajadi yang boleh keringkan dan kecutkan jerawat. Selain itu, lemon juga mengandungi sebatian anti bakteria yang melawan dan menghapus bakteria penyebab jerawat. Tapi nak tepek lemon atas muka kalau boleh waktu malam. Jangan hari siang then kau pergi berjemur pula sebab bila kombinasi lemon dengan matahari boleh buat kulit terbakar! Then jangan tabur lemon atas luka jerawat yang fresh. Nanti engkorang akan rasa seperti dihiris. Haaa yang tu semua pun orang tahu. Kalau engkorang buat juga, memang engkorang gelojoh nak cantik. Sabar sikit wei.

Cara sediakan?

Ambil setengah sudu kecil oat, sehiris lemon (nipis), air. Campurkan. Then tepek atas kulit. Nak ada effect sejuk, masuk dalam fridge untuk 10-15 minit. If tak boleh nak sabar, masuk dalam freezer terus. Aku selalu buat camni. Haha.

Hasil dia apa?

Kulit susah nak naik jerawat.
Kulit dah kurang merah.
Makin flawless? Oh no tak semudah itu.

Nak flawless aku ada tips lain. Khas untuk orang kulit sensitif juga. Nantikan entri akan datang ye :)

*Kiwi sebagai hiasan semata-mata.

No comments:

ShareThis