Friday, December 14, 2012

Layak Atau Tidak Untuk Kita Pertikaikan Kasih Sayang Ibu Bapa Terhadap Anaknya

Sebelum kita leretkan entri menjadi lebih panjang, mari kita fahami definisi kasih sayang. Kasih sayang adalah tarikan hati atau kecenderungan seseorang untuk melakukan kebaikan pada orang lain. Dan ini adalah definisi umum.

Mari kita lihat definisi kasih sayang pada sudut jiwa manusia. Lebih tepat saya rasakan. Jika jiwa manusia itu cenderung pada wang ringgit atau keduniaan, sudah tentu penilaian kasih sayangnya pada bentuk material semata. Namun, jika jiwa itu cenderung pada PenciptaNya, sudah tentu orang itu menilai kasih sayang dari sudut yang lebih luas dan tidak hanya berpaksi pada wang ringgit. Sebagai contoh, dua situasi:


Situasi satu: Antara Abu dan Ayah

" Ayah, saya mahu keluar bergembira bersama kawan-kawan. Boleh ayah hantarkan? " Tanya Abu. "Demi kau, boleh saja anakku. " Jawab ayah.


Situasi dua: Antara Abu dan Ayah lagi

" Kenapa ayah belikan hanya untuk Ali? Saya ni bukan anak ayah ke? Tak sayang sayakah? " Gertak Abu.

Jelas. Kadang kala kasih sayang sejati itu dikaburkan dengan wang ringgit. Mengapa wang dijadikan tanda aras kasih sayang ibu bapa kepada anaknya?

Ramai yang silap. Silap dalam penilaian. Bila hati terdetik, " Eh mak dengan ayah ni tak sayang aku ke? ", kita sudah dikira buruk sangka. Jangan pertikaikan walau sedikit. Kerana orang tua kita itu adalah manusia. Lemah. Selalu buat silap. Payah untuk berlaku adil. Itu adalah kenyataan.

Kasih yang adil tidak akan dapat diraih dari jiwa manusia melainkan hanya dari Allah. Cuba letakkan diri anda pada kedudukan kedua orang tua. Rasakan beban mereka dalam mencurahkan kasih pada anak-anaknya.

Kita ini masih budak. Masih remaja. Hingusan.

Orang tua itu dewasa. Matang. Tidak hingusan.

Orang tua itu sayang pada anaknya hingga nafasnya yang terakhir.

Mari saya bawa anda singkap satu kisah. Tentang arwah datuk saya. Melalui cerita ibu, arwah seorang yang sangat garang semasa zaman mudanya. Anda dapat agak apa perasaan ibu ketika itu. Namun di hari tuanya arwah sakit. Berjalan terpaksa menggunakan tongkat. Satu hari dia datang ke rumah saya. Gigih memandu kereta dari Gemas hingga ke Seremban. Dalam keadaannya yang sedikit uzur. Dibawanya segala jenis makanan kegemaran ibu. Umbut kelapa, ikan sungai, terung telunjuk, nangka, petai. Berdebar hati ibu. Dikala kesihatan arwah yang tidak berapa baik ketika itu, bagaimana mampu untuk dia memandu sejauh itu. Dan itulah kali terakhir arwah datang sendiri ke rumah saya. Kini, kelibat kereta proton iswara yang dipandu oleh seorang tua berkopiah putih tidak lagi muncul di depan rumah. Rindu pada arwah.

Al-Fatihah untuk arwah Haji Mohd Noor Bin Yakin~

Kasih sayang itu luas. Kuncinya adalah sabar. Tidak perlu pertikaikan.




5 comments:

Belalang hijau Perisik said...

kasih sayang ibu bapa pada semua anak2nya sebenarnya sama sahaja.

tp si anak sahaja yg kadang-kala berasa begitu :)

Nabilla Nasir said...

Husnuzon :)

mama_saly said...

kasih sayang ibu bapa tk dapat dibeli.. ia hadir,semenjak kt hadir dalam hidup mereka.. :)

salam kenal dan follow sini.

Dunia Wilma said...

Kasih sayang ibu bapa tidak ternilai harganya...
Kita harus menghargai mereka...

norfaridahanum said...

salam nabila...terima kasih menjenguk blog akak.ni akak singgah semula..maaflah blog tuh dh lama x berupdate pun..busy skrang

ShareThis