Thursday, July 12, 2012

Riang-Ria Cerita Tentang Kahwin. Hehew!

Post ini adalah post berjangkit. Jangkitan dari majlis perkahwinan Mok dan Kakak tembam. Heeeee. Bila makin banyak jemputan kahwin yang diterima, makanya makin rianglah hati ni nak cerita tentang kahwin. (Hoi Bedah! Iman kat hati baru takat tepi longkang dah mau cerita pasal kahwin! Euwww jejes!). Sentap sekejap! Abaikan statement tadi itu.

Kahwin?

Buat yang dah ada calon pasti teruja.

Bagi yang belum mungkin hati tengah sentap (*Ohhh sentapnya saya).

Lagi hebat yang sedang menunggu jawapan istikharah.

Kalau ditanya pada siapa-siapa pun tentang perkahwinan, pasti jawapan yang diberi tak sama bagi setiap orang.

"Wahai Ahmad Daud bila kamu mahu menikah?" Jawabnya duit belum cukup lagi.

"Wahai Abdul Suratman bila kamu mahu menikah?" Jawabnya calon tiada lagi.

"Wahai Siti Nurhalija bila kamu mahu menikah?" Jawabnya saya belum jumpa calon yang kaya-raya lagi. *Eh

"Wahai Ahmad Jebon bila kamu mahu menikah?" Jawabnya belum jumpa yang sekufu. Katanya lagi kalau boleh biarlah yang minat memancing jugak macam saya. (Ade ke gegurl yang minat memancing? Memancing handbag dengan baju kat shopping complex adalah.) 

Ya macam-macam jawapan yang diberi. Termasuklah diri saya sendiri. Jawapan standard yang diberi adalah "saya masih muda". Tapi lagi 3 tahun nak jawab saya masih muda lagikah? Ape susah. Carilah alasan lain. Oh mudahnya. Hehew(dibaca sambil mengembangkan hidung)

Tapi tapi kenapa bila bicara soal kahwin semua orang pun kerut dahi. Seperti ada yang sesuatu yang merisaukan. Bukan perkahwinan tu mudah ke?

Biasa kita dengar penyebab utama hamba-hamba Allah ni terkerut-kerut dahinya adalah kerana DUIT. Tak dinafikan perbelanjaan perkahwinan zaman sekarang melonjak naik disebabkan kegirangan trend-trend yang memikat hati bakal suami isteri terutamanya si isteri hendaknya. Dengan baju yang mengerlip bak kerlipan bintang-bintang di langit, bunga-bunga hantaran yang segar bugar seperti baru dipetik di belakang rumah, pelamin-pelamin yang indah bak kayangan, pasti buat gegurl di luar sana terpikat. Jika indah di pandangan, maka mahal jugalah perbelanjaannya. Saya sempat membaca sebuah buku yang berjudul "Ke manakah wang anda? tulisan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir. Ada beberapa tips berguna yang boleh saya praktikkan. Antara yang bersesuai dengan tajuk post ni adalah; simpanan yang patut dilakukan mulai sekarang adalah simpanan untuk perkahwinan. Walaweh! tak rasa macam awal sangat ke? Tapi itulah yang sebetulnya. Zaman sekarang ringgit malaysia dua puluh ribu dianggap paling minima untuk buat belanja kahwin. Agak-agak sayalah, bagaimana abang kacak muda lagi teruna dan kakak jelita yang muda lagi perawan mahu kumpul duit sebanyak itu dalam masa yang singkat? (**Kalau duit ibu ayah itu lain cerita. Mohon tolak tepi. Kira duit sendiri dulu ye.). Kalau nak tahu tips lebih, silalah ke MPH beli buku tu. Acik bedah nak cerita benda lain. Bukan nak cerita cara-cara nak menjana wang berjuta-jutaaaaa.

Kisahnya tentang perbelanjaan perkahwinan dijadikan satu beban. Mengapa terbeban? Siapakah yang terbeban? Tak kira abang kacak atau kakak cantik, dua-dua rasa terbeban sebenarnya. Kalau abang gagah terbeban dengan wang hantaran yang berpuloh-puloh juta wang syiling nilainya, cincin bertatahkan berlian dari perut bumi untuk isteri dan macam-macam lagi. Kalau kakak slim terbeban dengan baju liplap, bekas hantaran berlampu-lampu, bunga-bunga segar dari German untuk pelamin anganku tidak musnah, ditambah pula dengan make up retisnya. Oh banyaknya. Mana tak terbeban kalau cenggitu cenggini.

Tapi anda-anda semua perasan tak? Yang buatkan anda terbeban adalah kerana disebabkan nafsu semata. Sepatutnya wang hantaran yang berbilion duit syiling lima sen itu boleh dikurangkan mengikut kemampuan dan asalkan tidak membebankan bakal suami. Segala macam selain dari belanja jamuan makan bukankah boleh kita kurangkan? Pelamin anganku tidak musnah tu wajib ke? Itu adat bukan. Sebagai MUSLIM, mana yang perlu kita utamakan? Tuntutan adat atau agama? Semua-semua dari kita tahu akan jawapannya. Tapi kenapa bila tiba waktu nikah, masing-masing macam pandang tepi-tepi saje tentang tuntutan agama.

Dari riang-riang cerita tentang kahwin terus jadi murung sehari semalam dek kerana masalah duit ni. Post ni saye lebih tujukan untuk akhawat-akhawat, ukhti-ukhti, gegurl-gegurl yang baik hatinya dan cantik imannya suatu hari nanti. InsyaAllah. Sebab saya fikir kitalah yang buat bakal suami terbeban dengan belanja perkahwinan. Bukankah Rasullullah SAW mengajar kita untuk bersederhana dalam semua benda. Yang penting ikut kemampuan diri. Jadikan ia mudah. Kalau mampu untuk berbelanja lebih, itu tidak jadi masalah. Anda nak buat majlis sepuloh hari sepuloh malam pun boleh. Silakan! Namun jangan lupa fikir-fikirkan tentang kehidupan selepas kahwin. Kerana waktu itu lebih memeningkan masalah duitnya. Untuk abang kacak pun tak kurang juga. Fikir-fikirkanlah.

*Siapa kata gegurl pakai Mitsubishi Lancer dengan abang gagah pakai Perodua Kancil tak boleh bersatu? Ahha ;)

Kerana perkahwinan itu bukan didasari atas wang ringgit. Tapi agama seharusnya.


Segala yang dicoret hanyalah kerana lillahi ta'ala. Buat ikhwah dan akhawat yang terguris hati, saya dahului dengan mohon maaf.  :)


Tahniah buat Si pengantin baru! Salute dekat pengantin lelaki. Si isteri cakap suami pandai menabung. Eheh!



No comments:

ShareThis