Tuesday, July 3, 2012

Musafir Perindu


Assalamualaikum buat brothers and sisters semua.

Akhirnya Musafir Perindu sudah ada dalam tangan. Setelah sekian lama baru sekarang saya berpeluang untuk dapatkannya. Itupun saya terpaksa menunggu seminggu memandangkan tiada lagi stok yang ada di kedai-kedai buku. Saya dapatkannya secara online. Ini adalah novel pertama yang saya beli sendiri. Sejujurnya saya kurang minat untuk membaca novel. Tapi berlainan dengan novel ini yang menarik hati saya untuk membacanya. Antara sebab utama saya teringin untuk membacanya adalah kerana penulis novel ini sendiri yang begitu istimewa di hati saya.

Pada tahun pertama di Universiti Malaya dengan izin Allah, saya dapat duduk sebilik dengan penulis atau lebih saya kenali dengan nama Kak Im. Pada ketika itu senang hati saya bila melihat wajah Kak Im dan seorang lagi teman sebilik iaitu Kak Ain =)

Catatan pendek ini lebih kepada saya coretkan untuk penulis atau Kak Im sebagai luahan rasa hati saya.

Setahun duduk bersama dengan Kak Im macam-macam yang saya pelajari. Segala macam tarbiyah yang saya dapat. Antara kita memang tak banyak dibualkan. Tapi cukup hanya dengan melihat tingkah laku dan peribadi Kak Im yang banyak mengajar saya untuk lebih mendekati Allah Yang Esa. Kak Im seorang hamba Allah yang taat. Moga Allah membayar segala amalan Kak Im dengan syurga di akhirat nanti.


Alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran oleh Kak Im masih lagi kekal di gegendang telinga saya. Wajah Kak Im yang tenang dan menenangkan masih lagi kekal memorinya di mata saya.  Suara lembut Kak Im yang mengejutkan saya dari tidur terutamanya di waktu subuh masih terngiang-ngiang di telinga saya. Yang lebih saya ingati adalah peribadi Kak Im secara keseluruhannya yang sentiasa tawadhuk dalam mentaati suruhan Allah dan sentiasa merendah diri. Saya percaya Kak Im adalah insan terpilih yang dihantar oleh Allah untuk saya. Betapa bersyukurnya saya dikurniakan insan sebaik Kak Im. Jazakallah Kak Im di atas 'tarbiyah tersembunyi' yang diberikan dan mohon doakan saya agar kekal pada jalan menuju Allah ini.

Sekian

Picture credit to http://diamondnezzy.blogspot.com/

No comments:

ShareThis