Friday, May 25, 2012

Hidup ini ke mana arahnya?

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua

Genap 7 bulan saya tak update blog. Ziarah ke blog-blog sahabat pun sudah tidak selalu. Kekangan masa disebabkan kuliah dan lain-lain perkara membuatkan saya hilang rasa nak menaip sesuatu. Tambahan pula sekarang sibuk dengan lab thesis yang masih lagi berbaki beberapa bulan untuk disiapkan. Seperkara lagi sahabatku, bukannya tak mahu berkongsi pendapat dan menulis pengalaman atau sebagainya. Tetapi momen-momen yang terjadi dalam dunia realiti kadangkala tak mampu saya nak ungkapkan dalam bentuk penulisan. Makanya, sedikit sebanyak keghairahan nak menulis itu semakin berkurangan.

Hidup ini ke mana arahnya?

Inilah persoalan yang bermain di minda saya sejak beberapa bulan lepas. Sepanjang tempoh itulah saya tercari-cari akan tujuan hidup sendiri. Dan kini saya dah temui jawapannya. Anda nak tahu apa jawapan dia? Jawapan dia saya temui cinta Allah. Itulah arah hidup kita. Ianya tiada di alam maya ini. Tiada di mana-mana melainkan kita sendiri yang cari. Bak kata Sister Wardina Safiyyah, kalau kita mahukan sebuah kereta, dah tentu kita sedaya upaya cari wang untuk dibuat bayaran downpayment, monthly dan sebagainya. Sama juga dengan hidayah Allah. Kalau kita nak, haruslah kita berusaha ke arahnya. Bukannya duduk diam menunggu keajaiban hidayah itu datang.

Bertahun lamanya saya menyimpan niat untuk menjadi yang lebih baik. Berapa kali jugalah saya gagal. Saya tahu sahabat-sahabat kat luar sana pasti lalui benda yang sama. Manakan mampu untuk kita keluar dari zaman itu jika beban jahiliyyah yang kita bawa terlalu berat sehingga menyebabkan kita kembali tertarik pada jahiliyyah. Nauzubillah min zalik. Moga kita dijauhkan. Antara sedar atau tidak, selama ini kita hidup jauh dari fitrah kita yang sepatutnya iaitu fitrah islam. Ya Fitrah sebagai seorang muslim. Mengapa dibiarkan hidup cenderung pada kebudayaan dan adat orang barat sedangkan kita ini seorang muslim? Kalau diikut pada fitrah seorang muslim itu, dia harus cenderung pada dua perkara; Al-Quran dan As-Sunnah.

Amboi Cik Bella pandai cakap sekarang eh. Ini bukan soal pandai cakap. Tapi soal kesedaran. Dan saya sekarang menaip untuk diri sendiri tak lupa juga untuk sahabat-sahabat kat luar sana. Al-Quran kat rumah letak dalam almari cantik. Jadi barang hiasan. Kalau dah jadi barang hiasan tak boleh diusik. Nanti rosak dan tak cantik dah jadinya. Eh macam tu ke? Mana yang sepatutnya? Al-Quran koyak-koyak sebab dibaca, difahami, dihayati setiap satu dan insyaAllah iman boleh jadi super atau dibiarkan cantik tidak terusik tapi iman kita jadi cap ayam. Aduh terasa kat diri sendiri.

Mari kawan-kawan. Kita kembali pada fitrah kita seadanya. Kembali pada tuhan Yang Esa. Tiada siapa yang lambat atau cepat. Kalau sudah terniat di hati untuk berubah, lakukanlah. Jangan dilengah-lengahkan. Jangan pula bersikap acuh tak acuh. Semangat nak berubah itu pula kenalah padu sebab kita manusia ada peminat setia yang ikut kita sepanjang masa. Nak tahu siapa? Itulah dia Syaitan dan Iblis. Haaa jangan tak tahu apa aktiviti mereka. Hasut manusia kearah kejahatan. Oleh itu, kalau hati tiba-tiba kena panahan syaitan beristighfarlah. Then, cepat-cepat lawan guna kuasa mana-mana superhero. Eh? Hihi lawan dengan perbanyakkan solat, zikir, baca Al-Quran dan lain-lain. =)


 Ingat lagi tak dekat Umar? Haaaa sekarang dia dah jadi abang kacak! ;)

No comments:

ShareThis