Monday, March 7, 2011

Aplikasi Nuklear - Gunshot Residual Analysis

Bagaimana polis boleh kenalpasti suspek yang menembak mangsanya? Antara cara yang paling berkesan adalah dengan menggunakan Analisis Pengaktifan Neutron atau Neutron Activation Analysis. Haha sama je tu. Satu bahasa melayu satu lagi bahasa inggeris. Okey saye tak nak merapu. Kembali pada tajuk entri. Kalau kawan2 perasan, teknik ni ada digunakan dalam cerita CSI. Saye akan ceritakan secara ringkas saje okey.

Apabila kawan2 menembak kucing atau tikus, peluru yang keluar dari pistol@revolver@senapang@lain2 bahan api akan meninggalkan lebihan@baki@residue pada tangan. Jadi, pihak polis biasanya akan gunakan swab untuk mengumpul lebihan bahan api yang ada pada tangan suspek(swab adalah bahan penyerap yang bentuknye lebih kurang macam cotton bud). Sample suspek kemudiannya diserahkan kepada ahli forensik untuk dikenalpasti kandungan Antimony dan Barium. Kedua bahan ini terkandung dalam primer untuk almost revolver, automatic pistol, rifle cartridges dan shotgun shells. Sample suspek yang dalam bentuk hand swab tadi tu kite aktifkan dalam reaktor nuklear dan melalui beberapa proses sebelum menjalani analisis menggunakan Ge gamma-ray spectrometer. Melalui ujian menggunakan spectrometer tu, kite boleh ketahui samaada orang tu melepaskan tembakan atau pun tidak melalui kandungan Antimony dan Barium. Kalau kandungan Antimony atau Barium wujud dan kandungannya tinggi, memang sah anak Si Mamat tu tembak Hantu Kak Limah.


Gambar rajah nak bagi korang faham lebih lagi

Tujuan entri adalah nak betulkan persepsi masyarakat bahawa teknologi nuklear sebenarnya banyak membantu kehidupan manusia. Bukan hanya untuk peperangan sahaja. Untuk jana elektrik pun boleh.

psstt:// Entri kali ni bercampur-campur bahasa. Saye malas nak translate dalam bahasa melayu. Agak rumit sikit. Ape2 pun saye student UM yang masih cintakan bahasa melayu. Begitu juga dengan naib canselor kami. Pihak media sebenarnye dah salah tafsir. Haha ayat backup naib canselor. Lagi satu jangan tanye saye pasal pistol@revolver ke. Itu semua tak masuk exam. Kalau nak tahu lebih detail atau nak serabutkan kepala google je GSR analysis.

5 comments:

Amirrah Zawani said...

tak penah pgg pistol :D

Arpiiz said...

haha, dah macam pakar forensik dah ni..^^

Sophie Al-yahya said...

uisyh, menarik entry ni. selama ni x pernah pun tahu. thanks for sharing yaa.

*btw ayah sy pun mengajar kat UM. tp bahagian civil engineering la. tp sebenrnya dia major chemistry*

alongxp said...

oooo...tu klu jumpe suspek, klu xjumpe? camne klu suspek basuh tgn pas die menembak?huhu...

NabiLLa NaSir said...

sophie: ur welcome n nice to meet you

alongxp: hehe kalau xjmpe? ade lg cara lain. tp sye tataw. itu dah bidang forensik. entri saye ni lebih nk cerita tntang aplikasi nuklear. Kalau die cuci tangan? biasanya sisa2 tembakan boleh kekal untuk beberapa hari. lebih2 lagi antimony. tp kalau basuh tgn mmg boleh hilangkan sisa2 tu. Jadi, polis mmg perlu wat tindakan cepatlah. Yg tu tnya pakar forensik ye. hehe.

ShareThis