Wednesday, February 9, 2011

Kebaikan Dan Keburukan Tenaga Nuklear

Pada masa sekarang, banyak negara telah menggunakan kuasa nuklear sebagai alternatif lain untuk menjana tenaga elektrik bagi menggantikan penggunaan arang batu. Antara negara2 yang mempunyai reaktor nuklear adalah Amerika Syarikat, Jepun, Iran, Perancis dan lain2. Orang ramai cenderung untuk mengaitkan tenaga nuklear dengan peperangan. Namun, tenaga nuklear sebenarnye mampu menjana tenaga elektrik lebih daripada penjanaan daripada pembakaran arang batu.

Kelebihan inilah yang menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk membangunkan tenaga nuklear bagi kegunaan domestik di negara masing2. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melakukan kajian untuk pembangunan ini. Dalam konteks alam sekitar, tenaga nuklear dapat mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida yang dilepaskan semasa pembakaran arang batu. Secara teorinye, satu gram atom Uranium(U-235) dapat menghasilkan tenaga sehingga 1 MW. Jika arang batu digunakan, kite memerlukan 2500 tan metrik arang batu sehari bagi menghasilkan tenaga sebanyak 1MW. Cuba anda bayangkan berapa banyak gas karbon dioksida dilepaskan? Sememangnye, kos pembangunan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik sangat tinggi. Namun, ia merupakan salah satu alternatif yang terbaik dalam menggantikan arang batu.

Tenaga nuklear sering dilabel sebagai senjata pemusnah. Peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada alam sekitar, harta benda dan manusia. Walaupun penggunaan tenaga nuklear dapat mengurangkan pencemaran udara, kecuaian dalam penjanaannye boleh menyebabkan pencemaran bahan radioaktif. Segala kerja2 penjanaan tenaga haruslah dilakukan dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Kebocoran pada reaktor nuklear boleh menyebabkan bahan2 radioaktif terbebas di udara. Uranium(U-235) mempunyai 'hayat separuh' yang lama. Bahan ini bolah kekal berjuta-juta tahun dalam persekitaran sebelum ia terurai. 'Hayat separuh' atau 'Half Life' adalah jangkamasa satu2 bahan radioaktif itu untuk terurai kepada separuh dari beratnye.

Walaubagaimanapun, pendedahan kepada bahan2 radioaktif memberi kesan yang sangat buruk kepada manusia. Melalui beberapa kajian, Uranium contohnye dipercayai boleh menyerang sistem genetik manusia yang mana membawa kepada kanser dan penyakit2 lain dalam tempoh jangkamasa panjang. Jadi, ape pendapat korang kalau Malaysia bangunkan tenaga nuklear. Patut atau tidak?

20 comments:

Haz said...

great info..
Malaysia patut buat kot.
tpi kat tmpt yg terpencil..

NabiLLa NaSir said...

Haz: hehe. got it from my nuclear lecture. btw, thx tuk pndapat tu =)

iqbalhakimi said...

fuuh..info menarik..rasanya kerajaan pun tgh nak bangunkan industri ni kan..tp kena fikir betol2 la kesan2 dia..

Maryam Fatanah said...

great info la yunk !

shahir_mujahid said...

so pe pandangan penulis dengan isu pembangunan tenaga nuklear di Malaysia?? wajar dibangunkan atau tidak???

shahir_mujahid said...

satu lagi penambahan: sekarang kebanyakkan negara maju sudah mencari alternatif lain tuk janaan kuasa elektrik mereka.

NabiLLa NaSir said...

Pembangunan nuklear kat Malaysia perlu dikaji lagi. Sebabnye pembinaan reaktor2 nuklear memerlukan kos yg tinggi dan kepakaran luar. Tapi aku sokong pembangunan nuklear. Tak mencemarkan alam sekitar pastu boleh jana tenaga yg tinggi. Cuma kekurangan die adalah kalau terjadinye 'nuclear meltdown' contoh mcm kat Jepun tu mmg bawak effect besar. Jadi mmg kena fikir betul2. ade kelebihan dan keburukan die. Malaysia kena carik alternatif lain tuk jana kuasa since bekalan arang, minyak n gas akan habis dlm masa beberapa tahun lagi. mungkin tenaga solar dpt bantu.

shahir_mujahid said...

So adakah masih perlu Malaysia bangunkan loji nuklear ni???

NabiLLa NaSir said...

loji nuklear perlu dibangunkan dalam mase 10 tahun lagi.

e'zzah said...

bleh tlg saye x? saye nk cri mklumat psl nuklear & alam sekitar? hrp blh tlg r...

e'zzah said...

bgus nyerw! thanks a lot sbb tlg sy dlm buat ciap kje sy...

NabiLLa NaSir said...

insyaAllah bleh? bleh contact saye through email k. berrypie_bella@yahoo.com

Anonymous said...

I think Malaysia ada sumber2 lain yg x mencemarkan : ombak..biomass, sun..

johnnypagez said...

bAgus la you punya writing please continue

Anonymous said...

Malaysia dapat selesai masalah electrik dan petrol. Lagi pun, kawasan arab sekarang kena serang. So, minyak yang di import ke Malaysia agak mahal. Walaupun kita ada minyak petrol sendiri, masih belum cukup. Ini mungkin cara yang ke dua untuk menyesaikan masalah petrol di Malaysia. Tapi, minyak petrol kitalah yang termurah di asia tenggara berbanding Thailand dan Singapore.

Tapi, bila kita sudah mula membina tenaga nuklear kemungkinan besar kita dapat batuan besar dari negara luar mungkin dar Jepun, Korea, Rusia atau Iraq. Malaysia mungkin dapat langkat ke hadapan ke bidang Science dan tect. Mingkin, Malaysia dapat membuka banyak perkerjaan baru dan bidang yang baru?

cikgu murni said...

Boleh tolong saya x ? sy perlukan maklumat mngenai keburukan tenaga nuklear..utk debate..sy di grup pembangkang

cikgu murni said...

boleh tolong saya x

NabiLLa NaSir said...

terima kasih anonymous diatas pendapat =)

cikgu murni do contact me through email

Faiqah Umaira said...

Tidak patut.. walaupun banyak kebaikannya tapi risikonya kan berlaku dalam jangka masa yang panjang.. radiasinya juga boleh merebak jauh.. THANKS, saya amik maklumat ni untuk karangan kehkeh XD

Faiqah Umaira said...

Tak patut, walaupun banyak kebaikannya tapi risiko kesannya berlaku dalam jangka masa yang panjang.. thanks for the info, saya amik untuk buat karangan XD

ShareThis