Friday, February 11, 2011

Cara Nak Bagi Pandai Matematik

Haaaaa tips ni saye dapat dari Dr. Sharifuddin mase kuliah Spectro tadi. Memang simple. Tak payah makan kismis sampai berkilo-kilo. Jumpa adik Adi Putra pun tak payah. Apatah lagi pergi tuisyen bayar mahal2. Caranye cukup mudah. Die cakap matematik adalah bahasa untuk sains. Jadi, equation2 matematik sebenarnye adalah satu bahasa dan ia merupakan benda yang mudah. Ikut sahaja formula dan perlukan sedikit pemikiran yang kreatif untuk manipulasikan nombor2 dan formula. Senang cerita, die nak kiteorang buat je metematik ni macam bahasa melayu.

Tapi kalau dah equation panjang berjela-jela macam kat bawah ni, nak buat macam bahasa melayu jugak ke? (=_=)'




Equation kat atas tu orang panggil Schrodinger Equation dalam quantum mechanics. Kepala saye pening nak faham benda ni. Ade orang cakap, siape2 yang faham quantum mechanics adalah orang gila. Jadi, kesimpulannye tak payah faham benda ni. Haha. Tak nak jadi gila. Gambar kat bawah ni adalah orang yang develop teori quantum mechanics. Quantum mechanics adalah bidang sains yang berkaitan dengan fizik dan kimia. Teori ni adalah merupakan teori moden dan berlainan sedikit konsepnya dengan teori fizik klasik. Nak tahu lagi, google la ye. Bace sendiri. Saye nak explain nanti lingkup teori orang tu. Tapi saye tak suka die. Sebab teori die tu buat hidup saye susah sebab keberangkalian nak score paper exam nanti sangat rendah. Huhu.

KACAK KAN!! :p
Tapi die ni jahat. Haha.

13 comments:

M a W a D D a H said...

ade ke equation math pnjng berjela??

oh tidak

NabiLLa NaSir said...

kire equation ngan solution la. yg panjang biasenye calculus.

g0m0k9enDek said...

tiba2 ak rasa nak muntahhhhh

farasakura said...

npe dia jht plak?? XD

NabiLLa NaSir said...

gomok9endek: hehe. jgn2. habis blog bella nnt.

farasakura: sbb die wat teori yg susah ni. huhu

noraim said...

sy nak muntah bila dgr calculus. tak sanggup dah nak blaja. huhu.

@ku d! sin!e said...

accounting punyer senang jer...
asset = equity + liability
hehehe

Malek Ku said...

tengok rambut pun dah cacak...memang kaw2 dia pikir nak buat equation tuh...haha

alifzikri said...

takde ape tu..cuma plank constant , mass electron ngan distance of electeron je..

NabiLLa NaSir said...

noraim: huhu. statistics oh statistics!

@ku: lepas ni nak g ke accounting lah. tapi kena kira2 jugak kan. hehe

malek: Haha yang penting die kacak. ape die kisah ngan rambut camtu. hihihi

alifzikri: hoho itu adalah antaranye. wave function, energy, orbital, probability of electron sume tu kena kira jugak. awk study QM jugak ke> meh ajar saye

cik zaza said...

pergh!mmg gile ahh kalo phm equation tu..

mohd said...

x setuju sgt ngan statement 'sape faham quantum mechanics tu giler...' coz x semua dalam quantum tu susah... mg la bab cam tensor mg agak complicated...lagi2 klu tensor peringkat n>2... tp yg lain cm kalkulus ubahan, daya, kuasa, vector, skalar...

NabiLLa NaSir said...

mohd: after 2 months blaja QM, sye pun xstuju dgn statement saye tu. HAHA. for now QM alhmdullilah saye dah dpt follow.

thanks tuk pendpat tu =)

ShareThis