Saturday, January 22, 2011

Perasaan Si Tukang Kutip Derma

Salam buat rakan2 bloggers (^_^)~

Hampir dua minggu saye tak update blog. Tapi masih ade yang sudi jenguk blog saye. Terima kasih ye kawan2. Kali ni suke untuk saye kongsikan pengalaman semasa menyertai projek Jelajah Keamanan dan Kebajikan Kinabalu anjuran Kolej Kediaman saye. Kebetulan pengarah projek adalah sahabat baik saye sendiri. Demi menyokong sahabat, saye jadilah sukarelawan. Rela atau tidak? Itu lain cerita. Hehe. Secara ringkas, objektif program dijalankan adalah untuk mengumpul dana khas bagi penduduk Gaza dan juga penghuni Rumah Titian Kasih. Antara pengisian adalah larian amal, sukaneka, jualan amal, kutipan derma dan lain2. Program yang memenatkan tapi pengalaman yang hebat.

Korang pernah jadi tukang kutip derma tak? Kalau tak pernah, saye nak kongsi sikit. Sejujurnye, memang sakit hati dan rasa marah. Tapi disebabkan niat ingin membantu rakan2 yang kurang bernasib baik, hati kena kental. Jiwa kena kering sikit. Telinga kena bagi bebal. Bila berada dalam situasi sebagai seorang pengutip derma, baru saye tahu bagaimana perasaan orang2 yang tolong kutip derma ni. Minta duit orang memang susah. Kalau kawan2 perasan, memang banyak golongan yang minta derma dekat tengah2 KL ni. Antara benar atau tipu je. Yang betul2 kutip derma, memang saye tabik la. Sanggup tebalkan muka demi bantu orang lain dalam kesusahan. Yang tipu tu masuk neraka la jawabnye.

Macam2 pengalaman yang saye dengar dari kawan2 yang lain. Ade yang elok. Tak kurang juga yang tak berapa sedap didengar. Harapan saye di sini, kalau kawan2 didatangi orang2 yang mengutip derma ni sekurang-kurangnye dermakanlah telinga untuk seketika. Dengar penjelasan mereka. Ape perasaan kawan2 kalau orang tak endahkan kite? Mesti terasa hati punyelah. Selepas itu, barulah anda buat penilaian samada mahu menderma atau tidak. Nasihat ni untuk diri saye juga. Jangan anggap orang yang meminta derma itu menipu. Masih ade yang ikhlas.

Buat kawan2, tahniah untuk anda semua. Memang korang muka tebal 10 inci. Haha. Nah gambar untuk korang.

Pertandingan Sudoku

Pertandingan mewarna untuk kanak2

Sukaneka

Kerusi muzik

Senamrobik. Orang2 Titiwangsa memang sporting

Cool people

Berehat sebentar bersama air mineral

Krew2

Sesi tandatangan banner

Kami rakyat Malaysia

Walaupun penat kami tetap gembira. Oyeah!

Riang-ria kutip derma

10 comments:

tomatokering :) said...

huhuh , kadang2 derma je sebab malas dengar org cakap . jahat tak ? tapi ikhlas la . bukan maen2 . huu

NabiLLa NaSir said...

cik tomato: Hehe. tak kisah. yg penting jgn marah2 dkat org yg kutip derma tu. =)

Malek Ku said...

tu namanya pengalaman manis....heheh

NabiLLa NaSir said...

malek biskut: manis plus pahit. nyway thx la sbb sokong projek ni.

areripe said...

kalau yang minta derma tu ada surat2 berkaitan yang dipercayai memang derma dengan hati yang sangat ikhlas, tapi kadang2 surat kebenaran pun mai lusuh macam stokin 2 bulan tak basuh, macam mana...
hehe

im already followed your blog!

NabiLLa NaSir said...

hehe. as i said, pndai2lah awk menilai either nk bg or tak. kalau awk bg tp org tu tipu, sah2 la awk dpt pahala kan. haha. =)

Encik Tikus said...

yeah minx duit nie bukan kerja senang.. hari tue minx untuk kebajikan... bukan dapat duit tapi dapat maki... zzzzz

NabiLLa NaSir said...

patutnye kalau xnk bg ckp jelah elok2. ni siap maki. kite bukannye org tak faham bahasa. kalau yg gila tu lainlah.

Mohd Ridhuan said...

bgusnya wat amal kebajikan...
memotivasikan diri bila berhadapan dngan bermacam manusia...

NabiLLa NaSir said...

ridhuan: yup. great experience =)

ShareThis