Friday, October 21, 2011

Orang Kita Suka Membazir

Apa yang Dr Mazhar katakan semalam membuatkan saye tergerak untuk kongsikan bersama. Katanya orang2 di Malaysia banyak membazir. Bagi saye setiap sudut kita membazir. Pertamanye adalah dari segi penggunaan elektrik. Penghawa dingin dewan kuliah dibiarkan terbuka dari pagi hingga petang walaupun takde kuliah. Laptop dibiarkan walaupun tak guna. Kipas di bilik tak dipadamkan(saye jugak selalu buat). Kalau bab makan pulak, kadang2 tak habis. Senang cerita banyaklah pembaziran yang kita buat cumanya antara sedar atau pun tidak. Kalau kawan2 nak tahu, Dr Mazhar ni adalah visiting professor di department saye. Dia dari Pakistan. Jadi tak hairanlah die cakap di Malaysia banyak berlaku pembaziran. Memang die banyak buat perbandingan antara Malaysia dan Pakistan. Antara yang die katakan:
  • Janaan elektrik di Pakistan- 3jam tiada elektrik. 2jam ada elektrik. Begitulah kitaran die sampailah cukup 24jam. Saye rase kalau kat Malaysia jadi camni, ramai yang mati stress.
  • Pendidikan- Ini yang paling ketara. Kat sane peluang sangatlah tak banyak. Hanya orang yang kaya dan betul2 bijak pandai saja boleh dapat pendidikan yang lengkap. Yang lain2 tu belajar cincai2 je. Kelas pun sempit. Panas. Berdebu. Lagi malang jadi buruh.
Melihat kepada kami yang selalu kurang beri tumpuan pada kuliah die, kiteorang kena tarbiyah. Mungkin sebab kelas 5-6 petang. Sesetengah dari kami baru habis duduk dalam lab 6jam. Jujur takde semangat ditambah pula dengan letih. Jarang sekali para lecturer nak menegur student2 die. Mostly buat tak tahu je. Lain pulak dengan Dr.Mazhar ni. Dipendekkan cerita kenalah kiteorang dengan nasihat die selama 20 minit. Macam2 yang die cakap. Bercampur-campur perasaan kami semua. Cuma saye betul2 tertarik dengan satu pesanan ni,

"Belajarlah sehabis baik penuh dedikasi dan sepenuh hati kerana awaklah guru untuk bangsa saye di Pakistan yang kerja jadi buruh tu. Awaklah guru untuk semua orang yang kurang bernasib baik. Belajar bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk manusia di sekeliling kita juga. Awak adalah orang2 yang terpilih"

Lebih kurang camtulah ayat die. Touching jugak dengar. Sungguh saye katakan untuk mendengar itu mudah begitu juga untuk menulis dan membaca. Tapi untuk lakukannye amatlah payah. Hurm saye sendiri hari2 berperang dengan nafsu. Menahan dari segala macam hal dunia yang makin hari makin mencacatkan jiwa. Letih. Letih. Letih dan letih. Tapi ape2 pun saye cuba untuk tidak mengeluh. Pasti boleh insyaAllah =)

Sunday, October 9, 2011

Konvo UM

Salam semua ^^

Sebenarnye saye sangat segan dengan followers saye sebab dah lama sangat tak update blog. Kesian kat korang sebab tak dapat dengar cerita sensasi saye kan kan. Hehe. Sekarang memang musim orang konvo. Saye juga akan konvo. Tapi lagi 2tahun. Hehe. Well, saye antara yang tak terkecuali meraikan senior2 yang hebat2 belaka. Bila tengok orang konvo, memang rasa semangat. Tengok atuk, nenek, pakcik, makcik, adik2 yang datang, memang rase touching lebih*nangis*. Tak sabar nak bawak ibu ayah datang pulak.


Ini antara senior2 yang saye raikan. Graduan dari Akademi pengajian Islam. Sempat bagi bunga je. Tak sempat nak bergambar sebab nak kejar kelas pukul 6petang. Memang gayat sungguh dah nak senja baru nak mula kelas.

Sedih sebab saye takde dalam pic ni.

Yang ni Family PEMALU. Group underground kami. Haha. Makan2 dengan senior2 yang nak grad. Tapi ramai yang tak dapat datang. Kepada tuan yang saye cilok gambarnye, thanks a lot. Maklumlah acik tak kaya. Takde kamera. Tumpang2 jelah :D

Saturday, August 13, 2011

Palestin, Somalia, Jais&Hassan Ali, Murtad


Alhamdullillah sampai juga nafas kita hingga ke 13 Ramadhan. Macam2 yang berlegar di fikiran saye sekarang ni. Antara kita sedar atau tidak bulan Ramadhan kali ini diwarnai dengan pelbagai isu-isu yang patut kita ambil iktibar. Antaranya isu Jais dan Hasan Ali dalam memerangi orang murtad. Semua pihak sudah sedia tahu tentang isu ini. Ade yang membantah tindakan Jais dan tak kurang juga yang menyokong. Cuma ape saye kesalkan adalah sikap sesetengah umat islam yang terlalu fanatik dengan parti politik tertentu yang mana mereka campur adukkan urusan agama dengan politik. Jika hal agama bercampur dengan politk, kucar-kacirlah jawabnya. Bagaimana kita nak menentang orang murtad jika umat islam sendiri tak sehaluan.

Acapkali kite minta umat islam bersatu dan tinggalkan kepentingan malahan sudah berbuih-buih mulut mengatakan sebegitu. Tapi pengakhirannya sama sahaja. Perlu kita ingat gerakan murtad ni semakin menjadi-jadi. Dari ape yang saye dengar pihak gereja sanggup bayar kira2 dalam enam puluh ribu ringgit jika seseorang itu berjaya murtadkan seorang muslim. Menarik sungguh tawaran yang diberikan. Tidak hairanlah semakin ramai umat islam yang murtad. Rendah hati saye ini meminta agar pihak yang bertanggungjawab melupakan sejenak kepentingan masing2. Mohon bersatu untuk perangi murtad. Tinggalkan sekejap kepentingan dunia demi agama. Jarang2 kita berjuang demi agama jika nak dibandingkan berjuang untuk politik. Paling kurang pun kita menyokong tindakan Jais tu. Jadi, nyatakan sokongan anda dalam memerangi murtad dalam page ni http://www.facebook.com/cegahmurtad.Manalah tahu dengan wujudnya page ni, kita dapat bersatu. Semua orang boleh join tak kira apa background politik anda. Ini bukan page bincangkan hal politik. Hanya hal agama sahaja yang dibincangkan. InsyaAllah.

Selain itu, dalam sibuk kita menyambut ramadhan di sini, jangan kita lupa pada saudara islam kita di Palestin yang serba kekurangan. Hayati kata2 ini yang saye petik dari status Saudari Norhanani di FB:

"maka beruntunglah antum di Malaysia,cukup makan,cukup minum,ada ubat2an utk mereka yg sakit,tidak seperti kami di Palestin,air yg kami minum, air yg tdk bersih,tdk cukup makanan,ubat2an tiada"
sambungnya lagi:
"setiap2 anak2 di Malaysia bangun pd waktu pg dgn keadaan ibu2 mrk mmpu utk menyisir rambut2 anak2 kesayangan mrk,tp di Palestin,ank2 bangun dlm keadaan teriakan kerana kehilangan ibu-bp mrk,tidur mrk menangisi,bangun apatah lagi,dentuman sana sini,itu menjadi kelaziman"
-Imam jemputan Isyak,Terawikh dan witir-Sheikh Ibn Malek:seorang huffaz dr Palestin berusia 19 tahun dtg ke Malaysia melalui NGO bg merasai berpuasa di Malaysia.

Fikirkan wahai sahabat sungguh kita jauh lebih beruntung dari mereka. Kita di Malaysia terlebih cukup bekalan makanan. Katakan saje nak makan ape semua ada. Satu dunia punya makanan pasti dapat. Itu belum kita susuri hidup saudara kita di Somalia. Dalam bulan Ramadhan ini mereka terpaksa hadapi krisis kebuluran yang hebat. Berbillion dolar yang diperlukan bagi pulihkan keadaan. Ramai kanak2 yang mati disebabkan tak cukup zat. Orang kita mati sebab terlebih zat. Ini harus kita jadikan peringatan. Elakkan pembaziran ketika membeli juadah berbuka dan persiapan untuk Aidilfitri. Lakukan secara sederhana. Didik diri untuk berjimat dalam bulan Ramadhan. InsyaAllah anda akan dapat hasilnya di hujung Ramadhan dan diharap ia berterusan untuk bulan2 yang seterusnya.








_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?7a41eade7a04d021325d6d8d5b3e8a3a

Sunday, July 10, 2011

Melayu Memang Suka Cantas Mencantas Perli Memerli Dengki Mendengki Latah Melatah

Cantas mencantas, perli memerli, dengki mendengki, latah melatah. 4 perangai orang melayu yang kita boleh jumpa bersepah di merata-rata tempat. Antara sedar atau tidak 4 perangai ni kita dah hadap sejak dari sekolah lagi. Bagi saye kalau bab cantas2 orang ni kadang2 ade jugak baiknya. Begitu juga dengan perli memerli. Ade orang anggap itu adalah perlu untuk kebaikan individu itu sendiri. Kenapa perlu nak perli2? Tak boleh nak tegur secara berhemah ke? Ye betul kite patutnya kena tegur cara berhemah. Tapi camne kita nak tegur Orang Melayu yang kepala batu ni? Cara terbaik adalah perli dan cantas secara baik. Orang melayu sekarang tak macam orang melayu dulu2. Semua pakat2 kepala batu. Orang yang kena perli pun kena buka minda untuk terima perlian dan cantasan berharga itu.

Kalau bab dengki mendengki memang tak berapa nak baik. Tapi perangai buruk inilah yang banyak menular dalam bangsa melayu. Saye pun kadang2 ade jugak perasaan dengki. Biasalah lumrah manusia yang susah nak lawan kehendak dunia. Tapi dengki biarlah berpada-pada. Dengki biarlah yang boleh memajukan diri dan bangsa sendiri. Persaingan biar sihat. Janganlah kite seorang je yang nak duduk di atas. Contoh senang perangai dengki orang melayu kalau bab2 buat bisness. Sama2 buka kedai makan. Salah satu mesti lingkup. Melingkupkan bangsa sendiri dengan cara kolaborasi bersama tok bomoh dan jin. Ini lagi satu masalah melayu. Terlalu percaya pada benda khurafat. Kita ni melayu ISLAM. Kita ni menganut agama yang paling lengkap. Kita ada ALLAH. Tapi saye hairan boleh lagi nak minta tolong dekat jin dan syaitan.

Ohhhh melayu memang kuat melatah. Opocot! Oh mak kau! Oh itu! Oh ini! Oh Bulan! Oh Artis! Haha. Itu dia melayu kita. Kalau orang tegur sikit dia peluru kita berdas-das. Cakap orang fikir sempit. Dia lagi sempit tak boleh terima pendapat. Dia boleh serang orang. Tapi orang tak boleh serang dia. Pandai betul orang melayu kita. Benda ni adalah satu penyakit serius. Saye pun kadang2 hidap penyakit ni. Susah nak buang. Sebab ini penyakit lama. Ubatnye ada dalam diri kita sendiri. Nampak senang bukan? Tapi payah. Entri ni saye tak tujukan pada mana2 individu. Apa yang saye tulis adalah kenyataan orang melayu. Kenyataan bagi diri saye dan bangsa melayu saye. Tiba masa untuk kita buka minda. Entah saye ni orang yang keberapa bercakap tentang 'Melayu Harus Bangkit'. Muak sudah. Bacalah dan ubahlah selagi kita mampu. Jangan sampai kita melayu pecah-belah dan senang2 dipijak oleh bangsa lain. Sekarang pun dah nampak permulaan dia. Mencari pihak yang benar2 betul? Payah memang payah. Jujur saye katakan saye dah makin keliru dengan politik Malaysia. Masih lagi tercari-cari haluan yang betul. Mungkin lebih baik saye bersifat 'neutral' untuk sementara waktu ni.

Peace No War ^^

Sunday, June 26, 2011

Bila Ibu Tanya Soalan Yang Sama. Acik Jadi Gelabah


Dari malas-malas nak update blog, tiba2 jadi rajin sebab ibu tanye lagi soalan tu. Soalan die bila nak ade pakwe atau bakal suami. Kalau ikutkan hati nak je jawab camni "Lek Luuuuuuu". Tapi ade pulak nanti yang kena tarbiyah sampai ke malam. Saye sangat2 faham perasaan ibu. Die takut anak die kahwin lambat. Ape saye tahu semua ibu2 memang camtu. Yelahkan anak perempuan. Tapi kan tapi kan umur saye baru 21. Jadi lepas ni saye kena rajin pergi mengorat orang. Haha abang2, pakcik2, atuk2 di luar sana boleh kita berkenalan? HAHA


Cari camne pun segala2nya saye serahkan pada Allah. Usaha, doa dan tawakal. Saye percaya jodoh yang baik datangnye dari tuhan. So jawapan yang terbaik adalah saye menunggu jodoh dari Allah =)

Psstt:// Ini bukan entri terdesak. Haha

Wednesday, June 8, 2011

Projek Final Year Yang Tak Berapa Nak Final

Tak sangka hampir 3 tahun dah saye menapak kat UM ni. Sem depan bergelar Super Senior. Kedengaran macam tua tapi saye belum 21 tahun ye. Baru 20 tahun 11bulan. Dah masuk tahun tiga kenalah buat projek final year. Tapi macam tak final year je. Haha faham2 jelahkan. Ibu ayah cakap belajar biar ikut kemampuan. Haha :p

Haaaa cerita pasal Projek Tahun Akhir ni saye dengan sebulat suara, sebulat hati, sebulat kata, sebulat segalanya memilih Organic Chemistry part 'Natural Product drug synthesis' untuk dibuat kajian selama setahun. Mula2 nak buat Organic synthesis tapi entah camne pusing sana pusing sini terpaksa tukar. Tapi benda dia hampir sama je.

Secara ringkas untuk projek ni, saye akan synthesis atau dalam kata lain mencipta satu benda yang bakal jadi ubat kalau dia betul2 berkesan(drug synthesis) yang berasaskan dari lengkuas. Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan sebelum ini, bahan aktif yang terdapat dalam Lengkuas atau nama saintifiknya Alpinia Galanga telah mempamerkan aktiviti anti-tumor terhadap beberapa jenis kanser. Melihat kepada keupayaan 1'-acetoxychavicol acetate(ACA) ini, pihak kami merancang untuk synthesize beberapa ACA analogues untuk penambahbaikkan.

Sebenarnya projek ni dikongsi dengan seorang tutor dan seorang pensyarah. Setiap projek perlu dapatkan geran. Jadi kira lecturer saye ni nak mudahkan kerja semua orang, saye pun dapatlah kongsi sekali. Kira Alhamdullillah dapat bantuan kewangan dari kerajaan nak jalankan projek ni. Kerja2 mintak duit ni Abang Azmi memang pakar. Bila dah dapat, senanglah kiteorang nak beli bahan2 kimia yang diperlukan dan radas2 lain.

Buat masa ni, saye banyak luangkan masa baca paperwork orang lain, jurnal2, buku2 rujukan. Tutor saye cakap kalau boleh bibilio tu biarlah lebih dari 50 rujukan. Paling baik 80 rujukan. Nasib baik cuti 4bulan. Memang boleh luangkan masa untuk buat persediaan projek sem5 nanti. Saye harap semuanya berjalan lancar. Boleh jadi benda yang saye nak synthesis tu tak menjadi. Harap2 jadilah dalam tempoh masa setengah tahun. Kalau tak dapat terpaksa extend sampai setahun projek tu. Ape yang paling saye kena tahan adalah duduk dalam makmal lebih dari separuh hari. Pasni makanlah lengkuas banyak2 haha. Pada abang2 dan kakak2 yang dah pernah buat, kongsi2lah pengalaman dengan saye ye.


Monday, June 6, 2011

Cuti Sekolah, Orang Kahwin, Siapakah Idola Para Lelaki Tapi Bukan Idola Para Wanita?


Kalau cuti sekolah abang2 posmen mesti sibuk hantar kad undangan kahwin. Yang selalu jadi kunjungan abang posmen dah tentu rumah saye. Setakat ni ayah saye dah berjaya kumpul 8jemputan. Kalau ikutkan hati dieorang memang nak pergi semua. Tapi sayangnye takde jet kat rumah. Pergi mane yang mampu jelah. Cuti ni sorang kawan saye bertunang. Tiba2 diri sendiri rase tergugat. Ohhh begitu menggugat hati(abang baju coklat belang2 saye terjumpa mase beli nasi claypot tadi. Haha) Okeh lupakan yang tadi tu. Selamat berbahagia Cik Dila. Macam biasa kalau ade kawan seangkatan dengan saye kahwin atau tunang saye akan gelak dulu baru ucap tahniah. Dah jadi habit. Lain hari tunggu masa saye pulak yang kena gelak.

Seperti hari2 lalu, saye memang suka cerita benda2 yang dah basi. Sekarang ni para lelaki dah ade idola baru dalam hidup dieorang. Dah tentu bukan GAMBIT atau SHAH JASZLE. TUN MAHATHIR? Itu idola satu dunia. Yang ni memang idola special. Orang perempuan tak suke. Tapi saye rase neutral je. Orangnye dah tentulah PAK SALIH YAACOB menjadi idola lelaki sekarang. Ramai kawan2 perempuan saye yang protes Salih Yaacob ni. Sebab die? Tak tahulah. Takut rasenye.

Tapi kalau saye tak kisah semua tu. Bagi saye Salih Yaacob bolehlah dijadikan contoh antara orang2 yang nak berpoligami. Okeylah tu walaupun tak perfect sangatkan. Ape yang saye tahu bukan senang nak jadi adil. Duit kalau tak berkepuk jangan berangan nak kahwin ramai2 sangat. Lagi satu bukan senang nak yakinkan isteri2 lain kalau nak berpoligami. Tengok isteri2 Salih Yaacob ni macam rileks je kan. Mungkin empat2 isteri die memang satu kepala kot. Kawan karib masa sekolah. Takpun adik angkat kakak senior. Haha. Ape2 pun moga bahagia semuanya. Kalau Salih Yaacob ada masalah, bolehlah contact saye untuk pertolongan haha. Tapi jangan mintak tolong kahwin dengan saye sudah. Nanti ade yang kena dulang dengan isteri Pak Salih. Pakej 4dulang sekaligus. Sedang saye menulis entri ni ade kawan saye membebel pasal Salih Yaacob kat sebelah. Die marah giler kot dengan Salih. Pendapat masing2 kan. Mana yang elok kita ambil. Yang tak elok jauh2kan =)

Ni lah kawan saye yang dah bertunang tu. Die ni memang comel. Paling penting sangat kelakar. Dulu time sekolah suka menyanyi dalam kelas. Haha memekak je.

Saturday, April 23, 2011

Tag Dari Mimi Dan Husna Sebulan Yang Lepas Saye Tak Jawab Lagi Nasib Soalan Sama


Salam pagi sabtu. Harini nak jawab tag dari Cik Husna dan Cik Mimi. Sebenarnye saye terlupa nak jawab. Dah sebulan dieorang tag. I'm sorry, i'm sorry, i'm sorry, i'm sorry, i'm sorry, i'm sorry(style anwarhadi). Soalan ade 20. Itu dia Cik Bella. Melebihi dari soalan2 exam. Okey khas untuk Cik Husna dan Cik Mimi. Bacalah jawapan tulus dariku ini.


1)adakah anda rasa HOT?
Sekarang dah tak hot. Selalu hujan dengan guruh yang berdentang-dentung.


2)upload wallpaper pc/lappy korg.


3)cerita psl gmbr
wallpaper dari belog cap ayam. Comel giler kan? Terima kasih Cik Ayam bagi wallpaper free ^^
Kalau nak pergi curi kat blog die.


4)bile kali terakhir mkn ayam?
Hari-hari makan ayam. Muka pun dah jadi macam ayam. Haha.


5)lagu terakhir anda dgr?
Zikir munajat dengar lepas subuh tadi. Meresap ke kalbu gua cakap sama lu


6)ape yg anda bwat slain selesaikn tag ni?
Minum teh hijau. Weewit! rahsiaku


7)selain name anda, anda dipanggil ape?
Selain nama yang disenaraikan kat bahagian atas tu, saye juge dipanggil Gunjai. Sebab? Saye ni tinggi orangnye. Ade ala2 Tyra Banks jugak la. Hahaha


8)tag 8 org
Saye tag seorang je. Cik Nabilla Nasir sendiri. Haha. Sekarang musim exam. Dieorang takde masa nak update blog. Cik Bella je ade kuasa sailormoon untuk update blog lebih2 time exam. Haha.


9)siapakah no 1 yg anda tag?
Anak Encik Nasir yang hebat. Gugugugu


10)katekn sesuatu kpd no 5
Cik Bella yang suke tidur


11)org no 3 berhubungn dgn siape?
ngn tutOr azmi.haha.. die bz skang nk wat research.huhu (jawapan husna saye copy. Gualah orangnye yang no3 dalam senarai die )


12)bagaimana pula no 4?
Suka merapu


13)pesanan buat no 6.
Jangan hati kering sangat


14)kata2 cinta buat no 2?
I love you Cik Bella. Saye sayangkan diri sendiri.


15)persamaan no 7 & no 8
Semestinye die adelah orang yang same. Tag pun Cik Bella sorang jek


16)berikan 5 perkara tntg org yg anda tag
Hati batu
Cool yang melampau
Suke pendam perasaan
Tak suke berdendam
Suka menyanyi depan Youtube


17)persamaan lembu dgn kambing?
Termasuk dalam haiwan2 yang boleh dikorbankan masa raya haji


18)perasaan bile jwb tag ni
Bahagia yang takde motif


19)adakah anda taw Rizalman tu sengal?
Sape pulak ni? Tauke jual cawan ke?


20)gay or less?
Saye pencinta lelaki. Haha.

Saye memang tak memenuhi kehendak soalan. Dalam exam memang sah kena repeat paper.

Mari Menuju Ke Puncak Jaya Dalam Exam Hall Tak Boleh Meniru Guna Teknik Julingkan Mata


Hai semua. Sempena bulan exam yang mulia ni, saye nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua blogger2 yang akan hadapi exam nanti. Mane yang dah habis tu, redha jelah. Tawakal banyak2. Kepada yang belum jangan meniru ye. Teknik kembang2 hidung, usik2 mata, tepuk2 pipi dah tak boleh pakai. Soklan exam bukannye objektif. Nak tiru camne? Buat 26 gaya untuk 26 hurufkah? Eh huruf ade 27 atau 26?

Semester ni harap2 tak lingkuplah. Saye ambil 8 subjek; 6 paper kimia+1 paper geologi+1 paper TITAS. Sebenarnye harapan nak lingkup tu memang besar. Tapi insyaAllah boleh kalau ape yang dirancang saye buat. Okey saye ade poster terbaik dari daducorporation(member UM). Selamat maju jaya kawan2. Same2 kite jadi blogger yang berilmu ^^

Selamat Maju Jaya

Friday, April 22, 2011

Jom Join Group Blogger Under Regolith (Blogger Bawah Tanah)


Encik Belalang hijau ade buat group untuk blogger2 yang suke bergerak secara haram. Sekarang die tengah cari askar2 untuk mantapkan lagi gerilla Blogger Bawah Tanah. Haha. Jadi dengan bangganya saye ingin menjemput anda semua untuk join ping entri dekat Group Blogger Bawah Tanah. Moh le kite join. Biar FB tu jadi makin serabut dengan group2 yang berbagai-bagai ni. Saye pun nanti bila dah ade anak, nak buat satu group kat FB khas untuk anak2 saye. Nantikan kemunculan group anak-anak Cik Bellabong.

Ape lagi klik kat link ni: Blogger Bawah tanah

Lagi satu kat sini: Ni La Blog Aku. Kalau yang ni dikendalikan oleh Encik AlongXp. Die pakai cara autoping. Saye pun tak berapa nak faham. Pergi tanye die sendiri.

Rajin2lah join ye. Nanti bertambah la reader blog korang. Okey selamat mencuba =))))

Yang ni belalang kan? Saye takde idea nak letak gambar ape. Bedal saje. XD

Thursday, April 21, 2011

Study Week Adalah Minggu Dimana Anda Buat Macam2 Kecuali Belajar. Betul kan? Betul Kan?

Penyakit baru saye kali ni adalah suke tulis tajuk entri panjang2. Okey study week adalah minggu paling mencabar. Pelik sebab time tulah kawan2 ajak pergi berjimba-jimba. Susah gua nak lawan der! Time inilah Cik Husna sibuk ajak pergi berbasikal kat taman pertanian. Nak pergi piknik tepi tasik la. Makan kat Seoul Garden la. Pergi bowling la. Pergi breakfast kat McD la. Pergi makan ayam panggang Nara la. Semua tempat yang nak pergi tu kebanyakannye tempat makan. Bila gemuk kecoh! Lepas tu penyakit suke google harga makanan pun ade. Ni semua Husna yang ajar. Eeeeeeee.

Sekarang ni penyakit memang tengah datang. Sekarang saye berblogging. Time inilah mood blogging datang. Time inilah idea datang mencurah-curah. Tapi rasenye blogging ni terapi nak hilangkan tekanan exam. Hehe nak jugak blogging. Kalau korang nak tahu idea paling bernas cik husna adalah flying fox time exam. Kenapa tak ajak pergi berbaring dekat laluan lrt je. Ade gaya cerita hindustan sikit. Tak pun pergi terjun gunung.

Lukisan buruk. Ni je mampu. Acik Tak kayo. Haha.

psst:// thanks to Tommy. Tajuk entri adalah inspirasi dari beliau yang pergi karaoke time study week. Haha.

Rahsiaku Rahsiamu jua ~ Teh Hijau Bukan Untuk Kurus Je


Tajuk entri terbaik! Musim exam ni macam2 benda yang kite boleh buat untuk lepaskan tekanan. Asalkan berfaedah dan tak melalaikan. Hari ni menatap blog menjadi pilihan saye untuk lepaskan tekanan. Teh hijau? Kawan2 mesti pernah dengarkan. Selalu kite kaitkan teh hijau dengan orang yang nak kurus. Ye itu adalah salah satu kebaikan die. Teh hijau tinggi dengan kandungan catechin, karbohidrat, pelbagai vitamin, panthothenic acid, folic acid, inositol dan banyak lagi yang mana bahan2 ini adalah komponen2 yang penting dalam mencegah kanser. Catechin merupakan faktor antioksida yang boleh merencat aktiviti enzim seterusnya pembentukan sel2 kanser dapat dihalang.

Kandungan flavanoid yang terdapat dalam teh hijau dapat menghilangkan bau2 yang tidak menyenangkan. Jadi, anda digalakkan untuk minum secawan teh hijau selepas makan makanan yang mempunyai aroma yang kuat contohnye bawang. Teh hijau juge baik untuk kesihatan usus. Secara keseluruhannya, teh hijau lebih dikenali untuk menghalang kanser. Ade 10 kebaikan lain yang boleh kita dapat dari teh hijau:
  • Mengawal tekanan darah tinggi
  • Mencegah diabetes
  • Mengurangkan tahap kolesterol dalam badan
  • Bertindak sebagai 'antidote' dalam menangani keracunan makanan
  • Mencegah influenza
  • Boleh menbuang lemak dan mengurangkan berat badan
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menghilangkan jerawat dan bintik hitam
  • Meningkatkan konsentrasi dan ketajaman akal
  • Menghilangkan rasa lapar
Teh hijau ade banyak jenis yang berbeza dari segi kualiti die. Harga pun lain2. Saye dah amalkan minum teh hijau sejak 3 bulan yang lepas. Memang kurang sikit selera nak makan tu. Penghadaman pun semakin baik and kulit dah kurang sensitif. Dulu pantang kena matahari memang habislah kulit saye. Selamat mencuba =D

Friday, April 1, 2011

21 tahun? Okey saye dah boleh kahwin

Salam untuk kawan2 semua. Setelah sekian lama akhirnye dapat jugak saye update blog. Ape je yang saye nak ceritakan. Tajuk entri tu macam takde kaitan haha. Berikan saye peluang untuk merapu ye kawan2. 21 tahun? Memang dah boleh kahwin pun. Alhamdullillah di penghujung semester ni, saye dapat rasekan diri ini lebih baik dari tahun2 yang sebelumnye. 2 tahun di UM macam2 orang yang saya jumpa. Terima kasih kawan2 di atas pengalaman, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan. Tak kiralah yang baik atau buruk semuanye saye ambil untuk perubahan diri.

Okey nak cerita sikit pasal aktiviti2 sepanjang 1 bulan ni. Yang pertama dinner. Bukan sikit2 dinner nak kena attend. 4 dinner saye kena pergi. Buncit perut gua. Comel jek. Haha. Dinner kolej macam biasalah kena pergi 2 kali. Makan dekat Hotel Istana. Sumpah tak sedap langsung. Balik UM saye jadi lapar balik. Tapi kalau dinner under Jabatan Kimia memang masyuk babe. Makanan memang tiptop sedap. Yang tu buat dekat Boulevard Hotel Midvalley. Persembahan pun best2. Lecturer saye siap karaoke. Okey beberapa gambar untuk ditatap.

Time ni memang lapar tahap kronik.

Yang ni kawan2 rapat di Jabatan Kimia ^^

Dinner yang terakhir adalah dinner Sekretariat Rakan Muda UM. Yang tu buat dekat Rumah Universiti UM. Tapi dinner tu touching sikit sebabnye tujuan dinner tu adalah nak raikan exco2 yang akan lepaskan jawatan masing2 yang dah dipegang selama setahun. Jujur saye jadi sedih. Sebabnye SERUM adalah merupakan salah satu platform saye dalam tingkatkan skill pengurusan organisasi. Macam2 dah yang saye dapat. Memang sayang nak tinggalkan. Terima kasih untuk beberapa individu yang banyak membantu saye.



Sayang korang semua (^_^)~


Orang banyak pengalaman

Makan sampai habis

Yang terakhir adalah Festival Tari Kanak2. Yang tu adalah projek terakhir saye untuk sesi ni. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih pada YB Senator Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin diatas kesudiaan beliau merasmikan festival kami.



Berbakat besar


Saudari Pengarah


Tema warna pink


Pemenang bergambar bersama YB senator


Semangat betul adik ni ^^

Itulah yang saye buat dalam masa sebulan selain dari kuliah, test dan assignments. Lepak2 pun masuk jugak.

psst:// Curi gambar dari Husna, Ili dan Dzulfahmie. Terima kasih ye.




Monday, March 7, 2011

Aplikasi Nuklear - Gunshot Residual Analysis

Bagaimana polis boleh kenalpasti suspek yang menembak mangsanya? Antara cara yang paling berkesan adalah dengan menggunakan Analisis Pengaktifan Neutron atau Neutron Activation Analysis. Haha sama je tu. Satu bahasa melayu satu lagi bahasa inggeris. Okey saye tak nak merapu. Kembali pada tajuk entri. Kalau kawan2 perasan, teknik ni ada digunakan dalam cerita CSI. Saye akan ceritakan secara ringkas saje okey.

Apabila kawan2 menembak kucing atau tikus, peluru yang keluar dari pistol@revolver@senapang@lain2 bahan api akan meninggalkan lebihan@baki@residue pada tangan. Jadi, pihak polis biasanya akan gunakan swab untuk mengumpul lebihan bahan api yang ada pada tangan suspek(swab adalah bahan penyerap yang bentuknye lebih kurang macam cotton bud). Sample suspek kemudiannya diserahkan kepada ahli forensik untuk dikenalpasti kandungan Antimony dan Barium. Kedua bahan ini terkandung dalam primer untuk almost revolver, automatic pistol, rifle cartridges dan shotgun shells. Sample suspek yang dalam bentuk hand swab tadi tu kite aktifkan dalam reaktor nuklear dan melalui beberapa proses sebelum menjalani analisis menggunakan Ge gamma-ray spectrometer. Melalui ujian menggunakan spectrometer tu, kite boleh ketahui samaada orang tu melepaskan tembakan atau pun tidak melalui kandungan Antimony dan Barium. Kalau kandungan Antimony atau Barium wujud dan kandungannya tinggi, memang sah anak Si Mamat tu tembak Hantu Kak Limah.


Gambar rajah nak bagi korang faham lebih lagi

Tujuan entri adalah nak betulkan persepsi masyarakat bahawa teknologi nuklear sebenarnya banyak membantu kehidupan manusia. Bukan hanya untuk peperangan sahaja. Untuk jana elektrik pun boleh.

psstt:// Entri kali ni bercampur-campur bahasa. Saye malas nak translate dalam bahasa melayu. Agak rumit sikit. Ape2 pun saye student UM yang masih cintakan bahasa melayu. Begitu juga dengan naib canselor kami. Pihak media sebenarnye dah salah tafsir. Haha ayat backup naib canselor. Lagi satu jangan tanye saye pasal pistol@revolver ke. Itu semua tak masuk exam. Kalau nak tahu lebih detail atau nak serabutkan kepala google je GSR analysis.

Sunday, March 6, 2011

3 Dinner vs Duit Kopak

Sekarang memang musim dinner. Saye ade 3 dinner nak kena attend. Memang best. Tapi satu je yang tak best. Bab baju yang nak dipakai. Orang lain cakap pakai je ape2 baju. Tak ikut tema pun takpe. Tapi saye tak boleh camtu. Harus ikut tema. Dapat ikut sipi2 pun jadilah. Oleh itu, demi nak jimat duit, saye ambil keputusan untuk recycle je baju2 dan guna konsep mix and match. Balik rumah pergi tibai baju yang ada dalam ALMARI TAUHU SUMBAT kakak. Siyes bilik die dah macam kedai baju@kedai beg@kedai aksesori. Haha memang tak payah belilah.

Untuk dinner yang pertama tema die Football fantasy. Kena pakai baju jersey bola. Untuk yang ni dah setle sebab saye dapat pinjam jersey kawan. Haha sayang kawan saye tu lebih sikit okey. Saye pakai jersey team Malaysia. Sebenarnye saye tak kisah pun. Kalau dapat team Senegal atau Afrika pun saye tetap pakai. Yang penting duit tak keluar ahaha.

Saye anak Malaysia

Untuk dinner kedua tema die Fabulous Floral. So pakai baju bunga2 la. Saye ingat nak pakai baju gambar bunga pokok durian. Ade tak? Kalau ade cakap dengan saye. Tapi kalau boleh nak free. Okey kalau ikut perancangan saye nak pakai macam style Boho HANA TAJIMA. Lebih2 lagi saye tak perlu spend banyak kat situ. Just beli aksesori je kot. Yang lain2 semua dah ada dalam almari tauhu sumbat kakak. Harap2 jadilah style Boho tu. Takut nanti bila saye pakai dah tak jadi macam Hana Tajima tapi HONON TOJOMONG. Ngeri je.


Pakai baju bunga yang ni jelah. Sangat menggoda you. Hahaha.

Dinner ketiga under Chemistry Department. Tema die Mistery. Ni lagi saye pening tataw nak pakai ape. Plan dengan member yang lain rasenye nak pakai jubah je kot. Kalau nak pakai jubah tak jadi masalah sebab saye dah ade sepasang jubah. Aksesori pun takde masalah sebab kakak ade rantai gambar burung hantu. Memang bestla kalau dapat pakai. Tapi saye ade jugak terasa nak pakai topeng Ultraman.

Pakai macam rasaksa tu pun okey jugak. Tapi Ultraman lagi mantap dan misteri.

Psttt:// Entri berjangkit dari Cik Husna. Kalau ade siape2 yang nak bagi idea silakan. Saye perlukan pendapat anda.

Sunday, February 27, 2011

PRK UM Bersama Masturah Cak Cak

Okey saye tahu cerita ni dah basi. Tapi saye nak jugak cerita. Seperti yang kawan2 tahu, PRK UM kali ni telah dihangatkan oleh seorang diva baru yang bernama Masturah Cak Cak. Terima kasih kepada Masturah Cak Cak sebab permainan nyorok2 die berjaya famouskan Universiti Malaya. Seriously memang famous. Ibu, ayah, kakak semua tanye pasal Masturah. Atuk pun nak tahu. Tapi maaflah ye. Saye tak jaga Masturah. Die hilang 10 tahun pun saya tak hairan. Lepas ni saye pun nak hilangkan diri. Boleh jadi famous macam Masturah Cak Cak. Tak perlu suara yang hebat dan body yang cantik. Cukup dengan kebolehan pandai bersandiwara. Eheh! Saye sindir kaw2 ni. Okey saye tak nak bercerita panjang pasal Masturah Cak Cak. Kalau nak tahu google sendiri. Gerenti keluarlah cerita dia. Maklumlah diva Malaysia kan.

PRK tahun ni memang best. Dari aktiviti berkempen sampailah berkonvoi. Macam2 saye buat. Untuk kali ni saye bertindak sebagai wakil calon kepada Calon Fakulti Sains yang bertanding iaitu Ruth Choy. Sebelum terlupa, saye nak isytiharkan bahawa saye penyokong tegar PENGGERAK MAHASISWA(statement berani mati). Jangan tanya kenapa. Itu adalah idealogi saye. Saye rasekan Penggerak Mahasiswa lebih relevan dan yang penting tak pecahkan pintu okey. Hahahaha.

Yang paling berharga untuk PRK ni adalah pengalaman dan kawan2. Tak terkata you!! Menyesal juga tak libatkan diri dalam politik kampus ni sejak dari awal2 lagi. Dulu otak ni kira sempit jugalah. Malas nak ambil tahu tentang hal2 politik kampus ni. Sekarang saye dah TERjoin. Tak boleh nak buat ape dah. Yang pasti tahun depan saye nak join lagi. Untuk kawan2 yang lain, tak salah kalau korang libatkan diri dalam politik kampus. Kalau nak rasa semangat berkumpulan yang kaw2, PRK adalah masa yang sesuai. Rugi tak join. Setahun hanya sekali. Macam Hari Raya jugak. Haha.

Nah tataplah gambar2 kat bawah ni khas untuk anda semua. Gambar ni dicuri dari Cik Insyirah dan Abang Mael Gojes :D

Undilah calon umum anda Lock Li Ping

Yang ni calon umum Nisha

Kain ela beli dekat Jakel

Pasangan sehati sejiwa :p

Bersama calon dan wakil calon

Calon APM yang cun: sekuntum mawar merah(nama fb die je saye ingat)

Konvoi time

Perang time. Oyeah!!

Abang2 gusti

Calon fakulti sains Ruth Choy

Calon umum

Srikandi GERAK

Persis penyanyi. Inilah die adik angkat Anuar Zain.

Kakak cantik. Lagi hot dari masturah.

Jentera amoy the kiekey =)

Teruja berkonvoi

Itu dia. Dulu, kini dan selamanya bersama gerak.

Sekian sudah. Selamat menatap ye.

Saturday, February 12, 2011

Bangsa Cina Okey Atau Tidak?

Saye tahu orang Malaysia ni kalau bab2 perkauman memang sensitif. Saye pun begitu. Tak kiralah bangsa melayu, cina atau india masing2 lakukan yang terbaik untuk bela nasib kaum sendiri. Entri kali ini bukan berkenaan dengan politik. Saye memang tak arif tentang hal2 tu. Cuma saye ingin bercerita tentang pengalaman saye berkawan dan tinggal sebumbung dengan bangsa cina.

Saye dikira beruntung sebab dapat kawan2 cina yang betul2 memahami saye sebagai orang melayu dan orang islam. Di kolej kediaman, saye tinggal bertiga dalam satu bilik. Roommates saye seorang melayu dan seorang lagi cina. Yang melayu tu memang takde masalah. Mula2 mase saye dapat tahu roommate berbangsa cina, saye agak risau. Takut tak dapat sesuaikan diri. Tapi sangkaan saye meleset sama sekali.

Jaslyne Joon. Itulah nama empunya diri. Die sangat2 memahami saye sebagai orang islam dan melayu. Kalau korang semua masuk ke bilik saye, korang mesti perasan yang kawasan untuk saye lebih luas. Mula2 pelik jugak kenapa die ni susun perabot2 kat dalam bilik ni camni. Saye tanye die kenapa tempat saye lebih luas. Katenye senang saye nak solat nanti. Tak sempit. Kalau tempat die sempit sikit die tak kisah. Terharu betul saye mase tu. Jarang dapat bangsa cina yang sebaik die. Baik sangat2. Kalau saye dan Najwa bace al-quran kuat2 pun die tak marah. Mungkin sebab Joon ni adalah seorang free thinker. Tapi keluarga die masih penganut agama buddha yang setia. Joon selalu jugak belikan saye makanan. Dan yang pasti die ambil berat hal halal dan haram orang islam. Kalau di fakulti, Lim Jun Feng@Japheth Lim adalah partner saye dalam makmal. Sangat peramah dan suke kacau saye. Huhu. Tak ketinggalan Ruth Choy Ji Yi, Yong Sok Voon dan lain2 semuanya okey.

Berlainan dengan rakan saye, roomates die bangsa cina juga. Malangnya, masing2 tak dapat sesuaikan diri. Selalu bergaduh. Die pun ade minta bantuan saye camne nak selesaikan, tapi saye tak dapat nak tolong. Saye pun tak tahu kenapa jadi camtu. Bagi saye, kite perlu kurangkan sikap racist terhadap kaum lain. Jangan terlalu berfikiran negatif terhadap mereka. Tapi, dalam mase yang same kite perlu berhati-hati. Jangan sampai kite dipijak kepala. Yang penting perlu pandai bergaul secara sihat. Itu sahaja. Kawan2 jangan hentam saye okey. Itu pendapat peribadi je. Korang pun story2 la jugak pasal pengalaman korang bergaul dengan kaum lain ni. Okey adios.

Gambar hiasan je ni. Jangan ingat gambar Datin Rosmah ade korang kate saye sokong die. Oh tidak! saye sokong tarian yang dieorang tengah joget tu je. Haha

Friday, February 11, 2011

Cara Nak Bagi Pandai Matematik

Haaaaa tips ni saye dapat dari Dr. Sharifuddin mase kuliah Spectro tadi. Memang simple. Tak payah makan kismis sampai berkilo-kilo. Jumpa adik Adi Putra pun tak payah. Apatah lagi pergi tuisyen bayar mahal2. Caranye cukup mudah. Die cakap matematik adalah bahasa untuk sains. Jadi, equation2 matematik sebenarnye adalah satu bahasa dan ia merupakan benda yang mudah. Ikut sahaja formula dan perlukan sedikit pemikiran yang kreatif untuk manipulasikan nombor2 dan formula. Senang cerita, die nak kiteorang buat je metematik ni macam bahasa melayu.

Tapi kalau dah equation panjang berjela-jela macam kat bawah ni, nak buat macam bahasa melayu jugak ke? (=_=)'




Equation kat atas tu orang panggil Schrodinger Equation dalam quantum mechanics. Kepala saye pening nak faham benda ni. Ade orang cakap, siape2 yang faham quantum mechanics adalah orang gila. Jadi, kesimpulannye tak payah faham benda ni. Haha. Tak nak jadi gila. Gambar kat bawah ni adalah orang yang develop teori quantum mechanics. Quantum mechanics adalah bidang sains yang berkaitan dengan fizik dan kimia. Teori ni adalah merupakan teori moden dan berlainan sedikit konsepnya dengan teori fizik klasik. Nak tahu lagi, google la ye. Bace sendiri. Saye nak explain nanti lingkup teori orang tu. Tapi saye tak suka die. Sebab teori die tu buat hidup saye susah sebab keberangkalian nak score paper exam nanti sangat rendah. Huhu.

KACAK KAN!! :p
Tapi die ni jahat. Haha.

ShareThis