Saturday, December 4, 2010

Benzoyl Peroxide

Mungkin ramai sudah sedia maklum bahawa tepung gandum mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide. Pasti terdetik di hati anda samada bahan ini merbahaya atau tidak. Ada juga dakwaan yang mengatakan Benzoyl Peroxide berupaya untuk mendatangkan penyakit dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Mengikut teori, Benzoyl Peroxide dihasilkan secara sintetik (penghasilan di dalam makmal). Oleh kerana ikatan kimia atom oksigen-oksigen di dalam bahan ini lemah, ia mudah membentuk bahan radikal bebas. Bahan ini juga berpotensi untuk meletup. Namun, penggunaan yang sedikit tidak akan mengundang apa2 risiko letupan. Benzoyl Peroxide mempunyai pelbagai kegunaan. Selain bertindak sebagai agen pengoksidaan, bahan ini turut digunakan untuk rawatan jerawat, meningkatkan kualiti tepung, peluntur rambut dan gigi serta pelbagai lagi kegunaan yang lain.

Tujuan utama Benzoyl Peroxide dicampurkan ke dalam tepung adalah untuk mempercepat proses kematangan tepung, melunturkan warna kuning pada tepung yang baru diproses serta memudahkan gandum diekstrak daripada tepung. Namun, benzoyl peroxide tidak akan mempengaruhi kandungan nutrisi tepung(maklumat lanjut boleh baca di sini). Sehingga kini, penggunaan Benzoyl Peroxide tidak diharamkan. Kajian yang betul-betul mengesahkan ia penyebab kanser juga tiada. Yang ada hanyalah beberapa kajian yang dilakukan terhadap tikus. Dalam kajian tersebut, Benzoyl Peroxide dikatakan boleh merangsang pertumbuhan tumor di dalam badan tikus. Namun, kajian ini tidak mencukupi untuk mengesahkan kesannya terhadap badan manusia secara menyeluruh. Mungkin kerana sifat Benzoyl Peroxide yang boleh membentuk radikal bebas, sebab itulah ia selalu dikaitkan dengan kanser.

Pihak FDA (Food and Drug Administration) mengklasifikasikan bahan in sebagai bahan Kategori III yang bermaksud keselamatan penggunaan bahan ini tidak diketahui. Kandungan Benzoyl Peroxide di dalam tepung adalah sangat sedikit. Oleh itu, ia tidak akan mendatangkan apa2 kesan yang major kepada badan manusia. Namun, penggunaannya haruslah dikawal. Hampir kesemua tepung gandum mengandungi bahan ini. Jika tidak, masa memproses tepung gandum akan menjadi lebih lama. Untuk entri seterusnye, saye akan kongsikan tentang kesan penggunaan ubat jerawat yang mengandungi Benzoyl Peroxide.

p/s: Kalau saye tersalah fakta, harap dapat perbetulkan.

ShareThis