Monday, September 27, 2010

Kuliah Yang Tak Straight To The Point

Assalamualaikum,

Kawan2 mesti pernah jumpe pensyarah yang suka bercerita tapi jarang2 sekali dia menerangkan apa yang patut korang tahu. Untuk semester ni, saye dapat dua orang pensyarah yang jenis suka bercerita ni. Saye tahu, kawan2 ade yang tak berapa suka dengan jenis pensyarah yang camtu. Saye pun kadang2 tak suka.

Tapi, kali ni saye suka sebab dua2 memang best. Cerita lecturer saye tu ade jugaklah yang berkaitan tapi selalunye luar dari kotak kuliah. Sampai saye pun tak tahu mane hujung pangkal die. Kadang2 rase macam malas nak dengar. Tapi, bila didengar sekali pasti nak dengar lagi. Huhu

Lecturer saye tu suka cerita pasal kehidupan seharian. Contohnya, kenapa ramai orang cakap Aiskrim Baskin Robbins lagi sedap dari Aiskrim Malaysia? Jadi, die pun ceritalah panjang lebar siap masuk sekali 'chemical equation', tahap viscosity dan bagai2 lagi. Saye pun dah lupe. Banyak sangat cerita die. Pasal sos cili, kicap, sabun basuh. Semua ada. Lagi takde kaitan pasal camne Mat Rempit boleh terbabas masuk bawah lori kalau die accident. Haha.

Kalau kawan2 nak tahu, sesuatu makanan contohnye macam sos cili, aiskrim, kuah kari, kuah dhal dan macam2 lagi boleh diukur kesedapannya dari sudut kimia. Kita boleh kira tahap kelikatan, ciri2 permukaan makanan, bahan campuran dan lain2. Data2 bernombor juga boleh dimasukkan. Kenapa ade orang lebih suka sos cili jenama Life daripada sos cili jenama Kimball? Semuanya boleh dikira dengan menggunakan data2 kimia.

Memang tak rugi dengar. Walaupun kadang2 terasa sangat menyimpang keluar dari ape yang sepatutnye, saye tetap dengar jugak. Sebabnya, bukan senang seorang pensyarah tu nak kongsi pengetahuan dieorang. Selalunye dieorang akan suruh kita baca sendiri. Saye kalau bab2 baca ni memang malas banyak bukan malas sikit. Huuuuuu


/>

4 comments:

ProfHariz said...

hahaha ada jugak mcm tuh ye?
selalu pensyarah nak je skip cepat2 uhuk

New Entry ProfHariz
Salahkah Jika Aku Menegur?

tengkorakemas said...

pensyarah perlu kreatif untuk tarik perhatian pelajar dengar, tapi dalam masa yg sama masukkan unsur2 pengetahuan, kira kreatifla lec awk tu :)

NabiLLa NaSir said...

profhariz: kalau yg skip2 tu lg ramai. huhu

tengkorakemas: yup saye setuju dgn awak

NURULekmiRabat said...

penah ada lecturer camtu and i love them. depa tau cara tak bagi student ngantuk dlm kelas.

ShareThis