Monday, September 27, 2010

Kuliah Yang Tak Straight To The Point

Assalamualaikum,

Kawan2 mesti pernah jumpe pensyarah yang suka bercerita tapi jarang2 sekali dia menerangkan apa yang patut korang tahu. Untuk semester ni, saye dapat dua orang pensyarah yang jenis suka bercerita ni. Saye tahu, kawan2 ade yang tak berapa suka dengan jenis pensyarah yang camtu. Saye pun kadang2 tak suka.

Tapi, kali ni saye suka sebab dua2 memang best. Cerita lecturer saye tu ade jugaklah yang berkaitan tapi selalunye luar dari kotak kuliah. Sampai saye pun tak tahu mane hujung pangkal die. Kadang2 rase macam malas nak dengar. Tapi, bila didengar sekali pasti nak dengar lagi. Huhu

Lecturer saye tu suka cerita pasal kehidupan seharian. Contohnya, kenapa ramai orang cakap Aiskrim Baskin Robbins lagi sedap dari Aiskrim Malaysia? Jadi, die pun ceritalah panjang lebar siap masuk sekali 'chemical equation', tahap viscosity dan bagai2 lagi. Saye pun dah lupe. Banyak sangat cerita die. Pasal sos cili, kicap, sabun basuh. Semua ada. Lagi takde kaitan pasal camne Mat Rempit boleh terbabas masuk bawah lori kalau die accident. Haha.

Kalau kawan2 nak tahu, sesuatu makanan contohnye macam sos cili, aiskrim, kuah kari, kuah dhal dan macam2 lagi boleh diukur kesedapannya dari sudut kimia. Kita boleh kira tahap kelikatan, ciri2 permukaan makanan, bahan campuran dan lain2. Data2 bernombor juga boleh dimasukkan. Kenapa ade orang lebih suka sos cili jenama Life daripada sos cili jenama Kimball? Semuanya boleh dikira dengan menggunakan data2 kimia.

Memang tak rugi dengar. Walaupun kadang2 terasa sangat menyimpang keluar dari ape yang sepatutnye, saye tetap dengar jugak. Sebabnya, bukan senang seorang pensyarah tu nak kongsi pengetahuan dieorang. Selalunye dieorang akan suruh kita baca sendiri. Saye kalau bab2 baca ni memang malas banyak bukan malas sikit. Huuuuuu


/>

Sunday, September 19, 2010

Umar


Assalamualaikum

Kawan2 masih ingat tak post tentang anak buah saye dulu? Sekarang die dah 3 bulan. Hehe.




Hehe comel kan

Monday, September 6, 2010

Akibat Terlalu Pandai

Salam kawan2

Semalam saye ada terbaca di akhbar tentang Stephen Hawking. Orang ramai heboh pertikaikan teori terbarunye dalam buku ' The Grand Design '. Dalam teori itu, Stephen Hawking menyatakan bahawa tuhan tidak terlibat dalam penciptaan alam semesta. Dia berpendapat bahawa hukum alam seperti teori graviti dan laen2 sudah cukup untuk menerangkan tentang penciptaan alam semesta.

Teori ini bertentangan dengan teori fizik klasik oleh Sir Isaac Newton, yang menyatakan bahawa tuhan terlibat dalam penciptaan alam semesta. Sudah tentu, teori Stephen Hawking ini menimbulkan kontroversi dan menjadi pertikaian orang2 yang mempercayai wujudnye tuhan. Tidak kira orang itu beragama islam, buddha, hindu atau lain2. Inilah akibat terlalu pandai. Yang saye tahu biasanye orang2 yang mendalami ilmu sains ni akan semakin dekat dengan tuhannye. Tapi Stephen Hawking laen pulak ceritanya.

Stephen Hawking terkenal dengan teori 'Black Hole'. Beliau juga merupakan bekas Lucasian Chair of Mathematics di Universiti Cambridge. Ternyata beliau sangat bijak. Lucasian adalah jawatan akademik yang paling berprestij di dunia. Sir Isaac Newton juga memegang jawatan yang sama dulu. Cukup kagum. Tapi malangnya semakin mereka berfikir, semakin mereka jauh dari tuhan. Namun saye tak nafikan ada juga para saintis yang semakin dekat dengan tuhan mereka. Tak kurang juga yang memeluk islam setelah mendalami ilmu sains dan lain2. Tapi bagi saye, pandai camne pun orang tu tetap masuk kubur jugak satu hari nanti.

Stephen Hawking ni die ade penyakit urat saraf. Die cakap gune komputer dengan alat sintesis suara

ShareThis