Tuesday, July 13, 2010

Si Pemikir Digit Binari

Kawan2 pernah terfikir tak, bagaimana gambar yang diambil dengan kamera, boleh di'copy'kan ke memory komputer? Ape bentuk data yang dihantar? Mungkin ramai yang tak berminat nak tahu. Tapi dengan mengetahui serba sedikit tentang perkara ini, kite akan lebih menghargai teknologi bukannye menyalahgunakan kelebihan tersebut.

Bagi saye orang zaman sekarang adalah pengguna yang hebat dan tak kurang juga seorang yang berinovasi. Jika kite lihat, pelbagai teknologi baru telah diperkenalkan. Ia seakan-akan terlalu mudah untuk mencipta sesuatu yang canggih pada hari ini.

Setiap benda baru, mesti ade perintis@yang memulakan@yang mencipta serta merangkap SI PEMIKIR. Hari ni saye nak perkenalkan seorang pemikir yang hebat iaitu GEORGE BOOLE. Encik Boole ni telah mencipta satu sistem yang kite panggil BOOLEAN LOGIC. Apekah itu?

Boolean Logic adalah satu sistem operasi logikal yang banyak kite gunakan dalam 'hardware and software' dan ia merupakan asas kepada semua elektronik digital yang wujud pada zaman sekarang. Sistem ini adalah manipulasi daripada penciptaan 'BINARY DIGIT'.

Penggunaan Digit Binari sangat kompleks. Namun, kod2 inilah yang digunakan dalam penghantaran data di antara dua alat elektronik dan lain2. Contoh macam dekat atas tadi. Penghantaran gambar daripada kamera ke komputer.

Dalam sistem digit binari, hanya dua kod yang digunakan ; 0 dan 1. Contoh termudah adalah apabila kite menaip. Katekan saye nak taip angka 5. Apabila kite menekan angka 5 pade papan kekunci, ianya akan ditukarkan ke digit binari 101(kalau tak silap saye). Cuba anda bayangkan jika kite menulis berpatah-patah perkataan. Tidakkah ia sangat kompleks?

Oleh itu, Si Pemikir memang tak ramai yang ade kat dunia ni. Korang dapat rase tak betapa botaknya rambut dieorang sebab nak cipta benda ni. Kawan2 perlu berterima kasih pade Si Pemikir sebab die dah tolong fikirkan untuk kite. Kalau takde orang2 camni, takdelah dunia blogger, telefon, dan lain2. Sedangkan kalkulator MYDIN yang harga dua ringgit tu pun guna Digit Binari taw. Jadi, saye nasihatkan agar kawan2 gunakan fungsi komputer sebaik mungkin. Orang yang mencipta mengharapkan kebaikan terhadap apa yang dicipta. Saye rase kalau Si Pemikir ni masih hidup, die mesti sikit menyesal cipta Digit Binari sebab kadang2 benda ni membawa kepada keburukan.

Kalau ade info tambahan, kongsikan ye. Semua ni adalah dari pembacaan saye sendiri. Kalau ade silap harap dapat betulkan.


DIGIT BINARI YANG DIGUNAKAN

6 comments:

amira said...

ooo...cam tu ye.. memnag selama ni tak tahu pon..huhu..tq

NabiLLa NaSir said...

ur welcome dear.

Hapiz Rahman said...

tau sikit2.. info ko ni tambah lagi pengetahuan aku.. trimas!

Hamzah Ian said...

nice info.. baru gua tau

NabiLLa NaSir said...

hamzah n hapiz : thanks sbb membace

~cikgu murni ~ said...

waaahhhh...entry yg pnuh dgn ilmu...pas ni blh lar jd hacker..entry psl mnde cm ni lg pleaz..hihi

ShareThis