Monday, June 14, 2010

RMK-10 vs FIFA 2010

Assalamualaikum dan Salam Waka Waka(lagu FIFA 2010)

Sekarang ni pergi mana2, semua orang sibuk dengan FIFA 2010. Nenek-nenek di kampung pun sibuk bergosip pasal BOLA. Sape2 yang tak tahu pasal FIFA 2010 ni memang patut dibuang ke luar atmosfera bumi. Tapi di sebalik kesibukan rakyat Malaysia berFIFA, ramai yang kurang beri perhatian kepada RMK-10 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kite. Di akhir pembentangan, pelbagai pendapat dan komen yang dilontarkan. Ramai yang memuji namun ade juga yang mengkritik. Hasrat utama kerajaan kali ni adalah untuk meningkatkan ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berprestasi tinggi. Saye kurang berminat nak ulas tentang ekonomi sebab saye otak sains. Jadi saye tak berape faham(tapi kalau kira duit saye sangat bijak).

Tentang Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), kerajaan telah menetapkan sumber minyak petroleum, gas dan minyak sawit sebagai sasaran. Oleh itu industri oleokimia dan petrokimia bakal berkembang dengan pesat di negara kita. Memandangkan saye seorang pelajar jurusan kimia, saye sedikit bersyukur kerana kemungkinan peluang pekerjaan dalam bidang kimia bertambah dan turut berkembang pada masa hadapan seperti berkembangnya industri2 berasaskan petroleum, gas dan minyak sawit. Tak kurang juga dengan bidang2 lain seperti kejuruteraan, sains fizikal etc.

Selain itu, saye memuji usaha kerajaan mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar. Antara yang terdapat dalam intipati adalah :

* Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar

* Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain

* Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010

*Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan

*Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Disember 2014.

(Sumber dari web Malaysia Kini)

Kerajaan juga bakal memperkenal kurikulum baharu untuk sekolah rendah dan menengah. Subjek sukan telah diberi taraf sebagai subjek mata pelajaran sebagai usaha untuk seimbangkan di antara akademik dan kesukanan. Bagi IPT2 di Malaysia, pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penyelidikan di unversiti2 tempatan. Antaranya dengan mengiktiraf UTM sebagai universiti penyelidikan yang kelima selepas UM, USM, UKM dan UPM. Tahniah kite ucapkan pada warga UTM.

Sekian saje laporan dari KARAM NABILLA NASIR untuk blog DIAM Dah macam buat laporan berita entri saye kali ni. Tapi yang penting sangat berfaedah untuk dibace post panjang ni. Selamat membace.



2 comments:

mynameisqiqi said...

haha. this is a good entry post. :) i think no one actually listen to the RMK-10 by the PM kecuali elders. quite embarassing~ :)

NabiLLa NaSir said...

certain people are to obsessed with the world cup sampai terlupa hal2 dalam negara. anyway thanks sis =)

ShareThis