Tuesday, June 29, 2010

Radikal Bebas : Bahagian 1


Tajuk entri kali ni tak sehangat gosip2 artis. Tiada cerita tentang
ARIEL PETERPORN. Bosan dah dengan kisah hidup porno die tu. Kite tinggalkan kisah hidup terlampau peterporn. Mari kite gosipkan tentang radikal bebas yang jauh lebih penting untuk kite ketahui haha.

Biasenye kalau korang beli makanan tambahan atau dengar Cik2 salesgirl mem'promote', mesti die banyak sebut pasal radikal bebas. Contoh ayat biase cik2 salesgirl " Ini ubat baik punya. Boleh menentang radikal bebas. Kasi angkat satulah. I pun pakai ini barang".

Tapi korang tahu tak ape sebenarnye radikal bebas tu. Adakah orang yang bebas seperti Ariel PeterPorn? Jawapannye sudah tentu tidak. Radikal bebas jauh lebih bebas dan bahaya dari PeterPorn. Hah! Jangan sangka Si Porno tu yang paling hebat.

Okey radikal bebas dalam terma sainsnye adalah atom atau molekul yang mempunyai elektron yang tidak berpasangan. Mari kite gunakan analogi Peterporn. Andaikan Peterporn tidak berpasangan a.k.a masih single. Macam tulah molekul yang takde pasangan elektron(analogi yang tak boleh nak pakai sangat). Jadi, radikal bebas sangat reaktif dan tidak stabil.

Untuk stabilkan elektron yang tidak berpasangan, radikal bebas akan menyerang protein, lemak dan DNA yang terdapat dalam sel badan kite. Radikal bebas yang biase terdapat dalam badan kite adalah yang jenis ROS atau dikenali sebagai Reactive Oxygen Species. Contoh, Superoxide Anion, hydroxyl radicals and hypochlorous acid.

Badan kite secara semulajadinye akan menghasilkan radikal bebas atau ROS selagi kite bernafas dengan oksigen. Maknanye, ROS terhasil daripada proses pengeluaran tenaga daripada nutrisi dan prose hidup yang lain. Oleh itu, radikal bebas tidak akan menjadi masalah terhadap sistem badan jika ia berada pada tahap yang rendah. Tapi, masalah akan muncul apabila penghasilan radikal bebas terlalu tinggi. Bahan ini cenderung untuk terkumpul dan akan menyerang sistem badan kite. Faktor lain yang boleh menyumbang peningkatan radikal bebas adalah stress, pencemaran, cahaya UV, bahan radiasi, asap rokok dan banyak lagi. Ape2 pun nantikan sambungannye. ZASSS! Haha tetibe jek.


NAMPAKNYE HIDUP KITE DIKECAM OLEH ENCIK KAMBING NI ~HOHO

No comments:

ShareThis