Thursday, June 3, 2010

Kamu sangat mendukacitakan

Dulu masa kau menuntut di universiti
Apa yang kau mahu, semua ibu dan ayah berikan
Katakan apa saja, pasti ibu dan ayah tunaikan
Tapi, aku sangat kesal dengan sikap kau yang suka mengugut ibu dan ayah ketika itu jika mereka tak tunaikan permintaan kau
Sungguh kau disayangi seperti ANAK EMAS
Kami yang lain kadang2 terasa hati
Namun, kami faham. Ibu dan ayah tak bermaksud untuk melebihkan sesiapa
Ketika itu aku lihat sendiri kesusahan ibu dan ayah untuk penuhi kehendak kau
Pelbagai perkara yang terpaksa dikorban demi engkau
Memang tak adil untuk kami di sini
Bukan cemburu tapi kau hanya pandai meminta sahaja
Tapi kau tak pernah melihat kesusahan mereka

Sekarang kau sudah bekerja
Punyai pendapatan sendiri
Ibu dan ayah sangat bersyukur dengan kau
Belum sempat ibu dan ayah merasai kesenanganmu itu
Kau minta untuk berkahwin pula
Seharusnya kau sebagai anak perlu bantu kesusahan ibu dan ayah dahulu
Lebih-lebih lagi kau sebagai ANAK LELAKI
Walaupun mereka pernah buat salah pada kau
Kau tak boleh berdendam
Mereka ibu dan ayahmu

Demi ANAK EMAS
Ibu dan ayah kahwinkan juga
Pelbagai janji yang kau tabur pada ibu dan ayah sebelum kau berkahwin
Takut-takut kalau tiada janji manis ibu dan ayah tak benarkan kau untuk berkahwin
Alhamdullillah kau akhirnya selamat diijab kabulkan
Perasaan kami semua bercampur aduk setelah kau berkahwin
Lagi-lagi bagi seorang ibu
Mana tahu anak lelakinya melupakan dia apabila sudah berkahwin

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari
Apa yang dirasakan oleh ibu memang benar
Kini setelah kau beristeri dan bergaji besar
Kau semakin lupakan kami di sini
Mana janji yang kau tabur selama ini
Kenapa kau terlalu berkira-kira dengan ibu dan ayahmu sendiri
Sedangkan begitu kau bersangka buruk pula pada kami yang lain

Ingat!
Kau senang sekarang tidak bermakna kau senang selamanya
Masa hadapan jika kau susah, kepada kami jugalah kau pohon bantuan
Memang tak patut kau terlalu berkira-kira dengan kami semua
Allah bagi kau umur yang panjang dan rezeki yang banyak
Untuk apa???
Bukankah untuk kau balas jasa ibu dan ayahmu
Ingat sekali lagi
Jangan sampai tuhan tarik balik apa yang kau miliki sekarang

Sekarang ibumu sudah berkecil hati
Tiada lagi keberkatan untukmu
Lagi-lagi kau seorang ANAK LELAKI
Sanggup kau belakangkan ibumu sebegitu

Sedarlah wahai orang yang aku sayangi
Umur ibu dan ayah mungkin tak panjang lagi
Kau pandai-pandailah fikirkan sendiri


Harap kawan2 dapat ambil pengajaran. Tapi kalau korang sedar kisah sebegini memang banyak berlaku. Dalam kaca tv pun banyak ditayangkan. Ingat ye kawan2 terutamanya kaum lelaki. Jika sudah beristeri jangan sesekali lupakan ibu dan ayah korang. Insan itu tetap nombor satu. Bagi kawan2 perempuan, kelak jika sudah berumah tangga jangan sesekali buat suami korang rase serba salah di antara diri korang dengan ibunye. Ingat ye


ShareThis