Friday, June 18, 2010

Agen Oren : Bahagian 1

Assalamualaikum

Semalam saye ade terbaca berita di Utusan Malaysia tentang tuntutan sebanyak RM990 juta yang dilakukan oleh kerajaan Vietnam terhadap kerajaan AS. Mereka buat tuntutan tu sebab nak bendung impak AGEN OREN (bukan air oren twister ye. kalau yang tu memang sedap) yang dihadapi oleh rakyatnya selepas PERANG VIETNAM serta untuk tujuan kerja2 pembersihan bahan kimia dioksin yang masih aktif di beberapa lokasi.

John F. Kennedy, presiden AS ketika itu yang disokong oleh Setiausaha Pertahanan AS, Robert McNamara telah menyembur kira2 75 juta liter AGEN OREN ke atas kawasan Vietnam. Tujuan mereka adalah untuk menghapuskan tanaman serta menggugurkan daun2 di hutan bagi membolehkan mereka mengesan tempat persembunyian GERILLA VIET CONG pade mase tu.

Perkara ini adalah hal kemanusiaan sejagat yang perlu diberi perhatian. Sehingga sekarang tuntutan tersebut masih lagi dalam perbincangan walaupun perang telah berakhir lebih dari 30 tahun. Alasan pihak AS adalah mereka mahu menyiasat adakah benar AGEN OREN yang menyebabkan generasi Vietnam hari ini mengalami kecacatan serta yang memberi kesan terhadap ekosistem di Vietnam.

Bagi saya, keputusan John F. Kennedy ketika itu adalah terlalu radikal dan tidak memikirkan kesan jangka panjang yang bakal berlaku selepas mereka sembur bahan kimia tu. Ape2 pun jangan lupe next entri ye. Panjang lagi cerita pasal AGEN OREN ni



Sumber dari google

No comments:

ShareThis