Friday, May 21, 2010

Leraikan segalanya

Macam-macam problem yang menimpa saye sejak akhir-akhir ni. Hurm..hidup perlu diteruskan huhu. Ape-ape pun ingat 5 huruf ni S.A.B.A.R. Semua makhluk kat dunia ni punyai masalah. Masalah tu sangat penting bagi seseorang manusia sebab masalah membina akal fikiran. Sudah tentu manusia apabila menghadapi masalah, die akan menggunakan akalnye untuk berfikir mencari jalan penyelesaian. Jadi, anda seharusnya berasa bimbang jika tidak mempunyai masalah hidup kerana sekiranya seseorang manusia itu tidak punyai masalah ia bermakna terdapat garis pemisah antara diri anda dengan Yang Maha Kuasa. Oleh itu, bersabarlah wahai kawan-kawan dalam menghadapi hari-harimu. Kesabaran adalah satu keindahan buat manusia. Percayalah, setiap ujian dan cabaran adalah bertujuan untuk kawan-kawan berfikir semula tentang kesilapan yang dilakukan sehingga menimbulkan musibah kepada diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda dilanda dengan masalah cinta jangan cepat melatah. Lontarkan kesedihan anda kepada kanak-kanak yang tiada ibu dan ayah serta kawan-kawan seusia kita yang menghidap penyakit kronik. Bukankah mereka lebih tidak bernasib baik berbanding diri anda yang masih punyai ibu dan ayah juga tubuh badan yang sihat. Apa yang penting, anda harus berfikiran positif, sabar, redha dan tidak putus asa. Ingat, cabaran dan masalah akan sentiasa mengejar kita. Seharusnya anda perlu bersedia untuk menghadapinya agar setiap penyelesaian yang dicari mendapat redha Ilahi. Orang yang berakal mensyukuri setiap masalah yang menimpa dan tetap yakin dengan Allah, sedangkan orang yang tidak berakal adalah orang yang menangisi nasib malang yang menimpanya dan menganggap masalah merupakan takdir yang perlu dikesali. Oleh itu, mari kite bersama-sama menjadi orang yang berfikiran matang dan jauh ke depan. Sesungguhnya Firman Allah SWT : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." (Al-baqarah). Jadi, tenung-tenungkan dan selamat mengamalkannye ~ hihi (^_^)


~Bersama-sama mencari kebahagiaan~

2 comments:

Maya said...

Allah berfirman,'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'.
Sentiasa berbaik sangka dengan Allah, always believe that there's something good behind whatever problem u've faced. Because Allah knows better than us and He knows the best for us, keep that in mind.

p/s: Nice post ila!

NabiLLa NaSir said...

Thanks for da advice =)

ShareThis