Thursday, May 20, 2010

Hari Belia Negara 2010

Salam semua. Saye adalah pendatang baru di dunia blogger. Jadi tolonglah terima saye..haha. Hurmm untuk entri pertama ni suke untuk saye kongsikan pengalaman saye menyertai Hari Belia. Saye serta kawan-kawan yang lain sebagai wakil daripada Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaya telah menyertai Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT. Haha memang skema. Seskema ayat saye kan(saye telah dipengaruhi oleh FIFI untuk menggunakan bahasa melayu yang betul). Sebagai konklusi, sepanjang 3 hari berada di Putrajaya hari-hari saye dilalui dengan gembira dan meriangkan. Macam-macam yang kiteorang join. Yang paling tak dilupekan untuk pertandingan rhythmic Malaysia, group saye menang johan. Hadiah die 800 ringgit. Setelah dicampur, dibahagi, dan dikuasa duakan, dapatlah 25 ringgit seorang hahahaha. Okeylah tu daripada takde langsung. Lagipun satu group ade 30 orang. Pertandingan ni kiteorang gune kompang sebagai instrument. Cuba korang bayangkan belajar kompang 2 jam then terus bertanding. Saye ketuk kompang memang beterabur habis. Nasib baik budak sebelah pandai main. So die boleh tolong backup hahahaha. Then kiteorang ade pertandingan eksplorasi. Pertandingan ni memang menguji stamina. Penat siot. Berlari-lari mencari clue di bangunan-bangunan kerajaan sepanjang Persiaran Perdana. Macam orang gila pun ade. Orang kat situ semua jalan rilek-rilek tengok booth. Kiteorang tercari-cari macam orang hilang arah. Sesat pulak tu. Yang paling tak tahan berlari-lari sambil membawa polistrene besar. Surelah ramai yang menghanjing. Yang menyalak pun ade. Geram betul!! Tapi ape-ape pun tetap best. Kawan-kawan satu group memang paling aku tak boleh lupe. Group AURORA sentiasa dalam ingatan hohohaha. Rugi lah sape yang tak pergi tu terutama sekali FIFI.









Gambar yang ade pada saye ni je. Yang lain saye menempel kat camera orang lain hihi C(=

No comments:

ShareThis