Monday, May 31, 2010

Mereka sangat mengagumkan

Assalamualaikum kawan2
Salam sejahtera
Salam satu Malaysia ~ wii(bukan wii games ye)

Haaaa kali ni nak kongsi cerite pasal hala tuju sukan negara kite. Saye amat tertarik dengan kejayaan Subkhiddin Mohd.Salleh, rakyat Malaysia pertame yang berjaye menjadi pengadil pade pusingan akhir piala dunia 2010 nanti. Memang saye kagum giler(giler adalah bahasa pasar huhu).



Selain tu, yang paling dibanggekan adalah kemampuan Tan Sri Vincent Tan dan rakan perniagaannya, Datuk Chan Tien Ghee ambil alih kelab bola sepak Cardiff City. Walaupun Cardiff City atau dikenali sebagai 'Bluebird' tak menjadi pilihan peminat EPL di Malaysia, tapi keupayaan due orang tokoh ni harus dipuji. Dah tentu perkare ni memberi keuntungan kepade perjalanan bola sepak tanah air kite. Betul tak? Boleh je kalau pihak FAM nak jalinkan kerjasame dengan mereka. Difahamkan kemudahan yang boleh digunekan untuk latihan yang ade di Cardiff city bernilai ratusan juta ringgit. Jadi peluang harus diambil oleh pasukan bole sepak negara kite untuk tingkatkan mutu bola sepak dieorang. Baru-baru ni saye bace dalam akhbar utusan, skuad bola sepak negara naek satu anak tangge dalam ranking FIFA. Kalau tak silap ranking ke-145 atau 146. Hehehe kire okeylah tu kawan2. Satu pun jadilah. Yang penting ade jugaklah peningkatan kan. Bagi saye, Malaysia sangat cemerlang dalam menganjurkan satu2 sukan. Kalau kite tengok Malaysia banyak anjurkan sukan di level antarabangsa. Macam FI, Le Tour de Langkawi, Piala Uber, Piala Thomas, kejohanan kapal layar. Cume kalau dari segi prestasi atlet, banyak perlu dibaiki. Cewah!budget macam dah banyak pengalaman. Bla la ko Cik Nabilla. Dulu maen netball pun boleh menangis. Tapi memang patut pun saye menangis sebab budak tu baling bola dekat muke saye bukan dekat tangan. So kene hidung saye. Sakit woi! Naseb baek hidung tak patah. Ape2 pun saye ni tahu bersenam untuk tak nak bagi gemuk je. Kalau sukan2 ni kurang. Tapi takpe semangat perlu ade. Tadi tengok Turkish Grand Prix. Keputusannye Hamilton nombor satu. Makwe die yang Nicole tu pun menang nombor 1 dalam so u tink can dance. Hehe saye pun tak ingat name rancangan tu ape(Ish dah keluar tajuk ni). Haaa sambung yang tadi balik. Nombor 2 Button then nombor 3 Webber. Encik Schumacher dapat nombor 4 je. So tak boleh lah naek podium ye huhu. Okey sekian sudah bye2. Next entri saye nak cerite tentang fesyen pulak ~ hoho

Wednesday, May 26, 2010

The successful ASSISTANT GARDENER and TUTOR

Salam riang-ria cuti semester kawan2...hohoho

Cuti semester ni memang saye duduk mem'BONGKANG'(perkataan ini adlah salah disisi undang2 bahasa melayu sila jangan tiru ye)di rumah. Tak pergi kerja pun. Last time ade jugak saye try cari kerja tapi malangnya semua dah full. Maklumlah habis exam pun lambat then ade program nak kene follow. Xkanlah baru kerja dah nak minta cuti. Lagipun company tu bukan bapak saye yang punye(kurang berkaitan). Jadi, duduk rumah jelah tambah ilmu rumahtangga.

Senang cerita, disebabkan saye duduk rilek jek kat rumah, saye telah ditugaskan untuk menjadi ASSISTANT GARDENER kepada ibu saye. Objektif jawatan adalah untuk menjadi TUKANG ANGKAT PASU YANG BERJAYA LAGI GAGAH PERKASA. Hahahahaha hebat kan? Saye memang sangat bangge hohohaha. Tapi, pasu-pasu tu memang berat. Bagaikan nak terkeluar semuanye. Hidung pun kembang kempis bile angkat pasu. Totally BERAT siot!!(SIOT adalah bahasa rojak). Tapi demi ibu tercinta saye gagahkan juga hihi. Kalau kawan2 nak tahu, ibu saye sangat suka pokok orkid. Saye pun suka(suka tengok je, yang bela pokok tu ibu saye). Lagi satu die sangat suke berkebun. Die tak kisah pagi ke, tengahari ke, senja ke, kalau ade kesempatan mase pasti die akan menilik bunga2 dan pokok2 die. Obsessed jugak lah. Jadi, sikap ibu saye nie kadang2 agak pelik sebab die berkebun tak kira masa melainkan ribut petir je die tak keluar berkebun. Okey kawan2 kat bawah ni ade gambar pokok2 yang ditanam ibu saye. Sesiape yang minat dengan pokok2 bunga and ade pokok2 bunga yang cantik2 tu kongsi2lah dengan saye ye.







Haaaa cantik kan?? especially pokok orkid ibu saye

Tak dilupekan juge, sukacita saye maklumkan disini bahawa saye juga melantik diri sendiri menjadi TUTOR kepada adik sendiri ~heeeee. Adik saye tu baru darjah 4. Tapi bagi saye, ajar budak kecil lagi susah kalau nak compare dengan orang dewasa huhu. Tahap kesabaran perlu ade pade peratusan yang tinggi(should be >80%). Kalau tak memang tak boleh jadi TUTOR untuk budak sekolah rendah dan gerenti hati korang boleh meledak seperti mercun serta bunga api kalau korang takde kesabaran pade tahap yang diperlukan huhu. Kesimpulannye, isi mase korang dengan aktiviti berfaedah ye.

~Bersama-sama mencari kebahagiaan~

Friday, May 21, 2010

Leraikan segalanya

Macam-macam problem yang menimpa saye sejak akhir-akhir ni. Hurm..hidup perlu diteruskan huhu. Ape-ape pun ingat 5 huruf ni S.A.B.A.R. Semua makhluk kat dunia ni punyai masalah. Masalah tu sangat penting bagi seseorang manusia sebab masalah membina akal fikiran. Sudah tentu manusia apabila menghadapi masalah, die akan menggunakan akalnye untuk berfikir mencari jalan penyelesaian. Jadi, anda seharusnya berasa bimbang jika tidak mempunyai masalah hidup kerana sekiranya seseorang manusia itu tidak punyai masalah ia bermakna terdapat garis pemisah antara diri anda dengan Yang Maha Kuasa. Oleh itu, bersabarlah wahai kawan-kawan dalam menghadapi hari-harimu. Kesabaran adalah satu keindahan buat manusia. Percayalah, setiap ujian dan cabaran adalah bertujuan untuk kawan-kawan berfikir semula tentang kesilapan yang dilakukan sehingga menimbulkan musibah kepada diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda dilanda dengan masalah cinta jangan cepat melatah. Lontarkan kesedihan anda kepada kanak-kanak yang tiada ibu dan ayah serta kawan-kawan seusia kita yang menghidap penyakit kronik. Bukankah mereka lebih tidak bernasib baik berbanding diri anda yang masih punyai ibu dan ayah juga tubuh badan yang sihat. Apa yang penting, anda harus berfikiran positif, sabar, redha dan tidak putus asa. Ingat, cabaran dan masalah akan sentiasa mengejar kita. Seharusnya anda perlu bersedia untuk menghadapinya agar setiap penyelesaian yang dicari mendapat redha Ilahi. Orang yang berakal mensyukuri setiap masalah yang menimpa dan tetap yakin dengan Allah, sedangkan orang yang tidak berakal adalah orang yang menangisi nasib malang yang menimpanya dan menganggap masalah merupakan takdir yang perlu dikesali. Oleh itu, mari kite bersama-sama menjadi orang yang berfikiran matang dan jauh ke depan. Sesungguhnya Firman Allah SWT : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." (Al-baqarah). Jadi, tenung-tenungkan dan selamat mengamalkannye ~ hihi (^_^)


~Bersama-sama mencari kebahagiaan~

Thursday, May 20, 2010

Hari Belia Negara 2010

Salam semua. Saye adalah pendatang baru di dunia blogger. Jadi tolonglah terima saye..haha. Hurmm untuk entri pertama ni suke untuk saye kongsikan pengalaman saye menyertai Hari Belia. Saye serta kawan-kawan yang lain sebagai wakil daripada Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaya telah menyertai Cabaran Inovasi Rekreasi Rakan Muda IPT. Haha memang skema. Seskema ayat saye kan(saye telah dipengaruhi oleh FIFI untuk menggunakan bahasa melayu yang betul). Sebagai konklusi, sepanjang 3 hari berada di Putrajaya hari-hari saye dilalui dengan gembira dan meriangkan. Macam-macam yang kiteorang join. Yang paling tak dilupekan untuk pertandingan rhythmic Malaysia, group saye menang johan. Hadiah die 800 ringgit. Setelah dicampur, dibahagi, dan dikuasa duakan, dapatlah 25 ringgit seorang hahahaha. Okeylah tu daripada takde langsung. Lagipun satu group ade 30 orang. Pertandingan ni kiteorang gune kompang sebagai instrument. Cuba korang bayangkan belajar kompang 2 jam then terus bertanding. Saye ketuk kompang memang beterabur habis. Nasib baik budak sebelah pandai main. So die boleh tolong backup hahahaha. Then kiteorang ade pertandingan eksplorasi. Pertandingan ni memang menguji stamina. Penat siot. Berlari-lari mencari clue di bangunan-bangunan kerajaan sepanjang Persiaran Perdana. Macam orang gila pun ade. Orang kat situ semua jalan rilek-rilek tengok booth. Kiteorang tercari-cari macam orang hilang arah. Sesat pulak tu. Yang paling tak tahan berlari-lari sambil membawa polistrene besar. Surelah ramai yang menghanjing. Yang menyalak pun ade. Geram betul!! Tapi ape-ape pun tetap best. Kawan-kawan satu group memang paling aku tak boleh lupe. Group AURORA sentiasa dalam ingatan hohohaha. Rugi lah sape yang tak pergi tu terutama sekali FIFI.









Gambar yang ade pada saye ni je. Yang lain saye menempel kat camera orang lain hihi C(=

ShareThis