Saturday, December 4, 2010

Benzoyl Peroxide

Mungkin ramai sudah sedia maklum bahawa tepung gandum mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide. Pasti terdetik di hati anda samada bahan ini merbahaya atau tidak. Ada juga dakwaan yang mengatakan Benzoyl Peroxide berupaya untuk mendatangkan penyakit dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Mengikut teori, Benzoyl Peroxide dihasilkan secara sintetik (penghasilan di dalam makmal). Oleh kerana ikatan kimia atom oksigen-oksigen di dalam bahan ini lemah, ia mudah membentuk bahan radikal bebas. Bahan ini juga berpotensi untuk meletup. Namun, penggunaan yang sedikit tidak akan mengundang apa2 risiko letupan. Benzoyl Peroxide mempunyai pelbagai kegunaan. Selain bertindak sebagai agen pengoksidaan, bahan ini turut digunakan untuk rawatan jerawat, meningkatkan kualiti tepung, peluntur rambut dan gigi serta pelbagai lagi kegunaan yang lain.

Tujuan utama Benzoyl Peroxide dicampurkan ke dalam tepung adalah untuk mempercepat proses kematangan tepung, melunturkan warna kuning pada tepung yang baru diproses serta memudahkan gandum diekstrak daripada tepung. Namun, benzoyl peroxide tidak akan mempengaruhi kandungan nutrisi tepung(maklumat lanjut boleh baca di sini). Sehingga kini, penggunaan Benzoyl Peroxide tidak diharamkan. Kajian yang betul-betul mengesahkan ia penyebab kanser juga tiada. Yang ada hanyalah beberapa kajian yang dilakukan terhadap tikus. Dalam kajian tersebut, Benzoyl Peroxide dikatakan boleh merangsang pertumbuhan tumor di dalam badan tikus. Namun, kajian ini tidak mencukupi untuk mengesahkan kesannya terhadap badan manusia secara menyeluruh. Mungkin kerana sifat Benzoyl Peroxide yang boleh membentuk radikal bebas, sebab itulah ia selalu dikaitkan dengan kanser.

Pihak FDA (Food and Drug Administration) mengklasifikasikan bahan in sebagai bahan Kategori III yang bermaksud keselamatan penggunaan bahan ini tidak diketahui. Kandungan Benzoyl Peroxide di dalam tepung adalah sangat sedikit. Oleh itu, ia tidak akan mendatangkan apa2 kesan yang major kepada badan manusia. Namun, penggunaannya haruslah dikawal. Hampir kesemua tepung gandum mengandungi bahan ini. Jika tidak, masa memproses tepung gandum akan menjadi lebih lama. Untuk entri seterusnye, saye akan kongsikan tentang kesan penggunaan ubat jerawat yang mengandungi Benzoyl Peroxide.

p/s: Kalau saye tersalah fakta, harap dapat perbetulkan.

Saturday, November 27, 2010

Saye Gegurl Yang Masih Normal

Eh ade lagi ke blog ni? Ingatkan dah kena campak dekat laut. Kalau beli roti kire berkulat dah. Blogger tegar Ben Ashaari berkata, "Lu apehal tak update blog?". Saye menjawab, "DIAM2 jelah. Gua nak biar jadi kerak nasi sekejap". Huhu rekaan semata-mata.

Bila dah masuk alam 20-an, satu benda yang akan selalu kita dengar dari kawan2."Weyh aku nak tunang dah. Tahun depan kahwin". Reaksi pertama saye adalah dengan gelak kuat2. Satu reaksi yang salah sebab sepatutnye saye ucap syukur. Tapi tak tahulah kenapa saye gelak kuat2. Dah macam saye pulak nak kahwin. Cuma saye bangga dengan mereka. Sebab masing2 sebaya dengan saye, 20 tahun. Tapi sudah yakin nak mendirikan rumah tangga.

Kalau saye jumpa kawan2 lama, perkara pertama mereka tanye adalah tentang teman hidup@pakwe. Jawapan saye dah tentulah "belum ade lagi". Bila dah camtu, mereka label saye jiwa kental@minah hati kering. Saye tak kisah pun mereka nak cakap ape. Kawan2 masih ade di sisi. Teman hidup bukan keutamaan saye sekarang ni. Matlamat saye lebih kepada keluarga. Memang saye ade mencari. Cukup dengan berkawan dan kadang2 simpan dalam hati je. Walaupun saye ni dari segi agama tidaklah sempurna sangat tapi saye masih tahu batas2 pergaulan yang digariskan oleh agama islam. Saye tak berani nak cakap lebih2. Tak layak rasenye kalau saye nak berbicara tentang agama. Ilmu tersangatlah kurang. Kekuatan nak jadi yang lebih baik pun kadang2 datang dan pergi.

Mudah-mudahan saye dapat pertahankan pendirian ni. Terima kasih kepada Azvin yang banyak menyokong. Mujur die pun sependapat dengan saye. Buat rakan2 saye yang dah tunang dan kahwin tu, tahniah ye. Moga bahagia selalu (^_^)

Ini Syazwana. Kawan saye mase sekolah rendah dulu. Die bertunang.


Yang ni pula Yasyifa' sahabat saye ketika menuntut di matrikulasi. Bertunang juga.


Dan ini Diyana kawan saye di UM. Coursemate saye. Yang ni sudah bernikah.

Wednesday, October 27, 2010

Dari Benci Jadi Tersuka

Salam kawan2

Lame sungguh saye tak melepakkan diri di blog. Macam biasalah, alasan paling popular adalah "saye busy". Tak payah cakap pun korang dah taw kan. Tajuk entri kali ni sangat mengguris hati serta bertentangan dengan entri(klik kalau teringin nak baca) saye yang lalu. Dulu tak suke. Sekarang macam dah TERsuka.

Actually, saye nak tulis yang saye gembira pasukan N.Sembilan berjaya masuk final. Ternyata saye macam siput. Orang lain dah sibuk hal ni dari 5 hari yang lepas. Yang pasti, setiap kali musim bola sepak Malaysia, saye tak tahu piala ape yang dipertandingkan. Dalam ingatan hanya ada Piala Super jek. Mungkin sebab nama die dekat2 dengan SUPERman takpun sebab kopi SUPERpower. Tapi saye sangat sure bukan Piala FIFA, EPL atau kejohanan bola sepak 7 sebelah.

Dulu time kecik2 saye selalu pergi stadium tengok bola. Lagipun rumah saye memang dekat dengan stadium Paroi tu. Yang paling wajib ade mase tengok bola adalah trumpet. Setiap kali tengok bola kena beli trumpet. Balik je rumah terus hancur benda tu. Lagi sekali ade match bola, beli lagi. Tapi tak kisahlah kan. Duit ayah saye. Haha. Yang kedua wajib adalah makanan. Kacang rebus, nugget dan kentang goreng perlu ade. Kalau tak, saye ajak ayah saye balik awal. Kalau saye pergi tengok bola, kena ada orang yang berborak dengan saye. Kalau tak saye jadi bosan dan mengantuk. Akibatnye, ayah saye kena balik awal jugak.

Kalau camtu fikir2 balik, baik tak payah ikut kan3. Kesian ayah. Sekarang, rase rindu nak pergi tengok bola dengan ayah. Tapi, ayah tak nak pergi dah. Die cakap tengok kat tv jek. Ade sape2 nak pergi tengok bola dengan saye tak? Huhu


Sunday, October 10, 2010

Blog Saye Yang Terdiam

Assalamualaikum kawan2

Kali ni blog saye betul2 terdiam. Dah lama tak update kan. Berwalking-walking pun dah kurang. Maaf ye buat kawan2 yang datang ke blog saye. Belum sempat nak balas kunjungan anda semua.

Kali ini saye nak kongsikan sikit tentang pengisian saye pade hari Sabtu lepas. Saye dan kawan2 berkunjung ke SMK Taman Setiawangsa untuk program motivasi bagi pelajar SPM. Syukur alhamdullillah semuanya berjalan lancar. Adik2 memang sporting. Jika diberi peluang saye nak join lagi. Okey itu saja. Memang saye kesempitan masa nak update blog. Layankan saja gambar2 di bawah ni.





Entah siapa punye idea bergambar kat tengah panas. Malas nak jadikan isu, layankan saje. Agaknye dieorang ni kurang vitamin D kot

Monday, September 27, 2010

Kuliah Yang Tak Straight To The Point

Assalamualaikum,

Kawan2 mesti pernah jumpe pensyarah yang suka bercerita tapi jarang2 sekali dia menerangkan apa yang patut korang tahu. Untuk semester ni, saye dapat dua orang pensyarah yang jenis suka bercerita ni. Saye tahu, kawan2 ade yang tak berapa suka dengan jenis pensyarah yang camtu. Saye pun kadang2 tak suka.

Tapi, kali ni saye suka sebab dua2 memang best. Cerita lecturer saye tu ade jugaklah yang berkaitan tapi selalunye luar dari kotak kuliah. Sampai saye pun tak tahu mane hujung pangkal die. Kadang2 rase macam malas nak dengar. Tapi, bila didengar sekali pasti nak dengar lagi. Huhu

Lecturer saye tu suka cerita pasal kehidupan seharian. Contohnya, kenapa ramai orang cakap Aiskrim Baskin Robbins lagi sedap dari Aiskrim Malaysia? Jadi, die pun ceritalah panjang lebar siap masuk sekali 'chemical equation', tahap viscosity dan bagai2 lagi. Saye pun dah lupe. Banyak sangat cerita die. Pasal sos cili, kicap, sabun basuh. Semua ada. Lagi takde kaitan pasal camne Mat Rempit boleh terbabas masuk bawah lori kalau die accident. Haha.

Kalau kawan2 nak tahu, sesuatu makanan contohnye macam sos cili, aiskrim, kuah kari, kuah dhal dan macam2 lagi boleh diukur kesedapannya dari sudut kimia. Kita boleh kira tahap kelikatan, ciri2 permukaan makanan, bahan campuran dan lain2. Data2 bernombor juga boleh dimasukkan. Kenapa ade orang lebih suka sos cili jenama Life daripada sos cili jenama Kimball? Semuanya boleh dikira dengan menggunakan data2 kimia.

Memang tak rugi dengar. Walaupun kadang2 terasa sangat menyimpang keluar dari ape yang sepatutnye, saye tetap dengar jugak. Sebabnya, bukan senang seorang pensyarah tu nak kongsi pengetahuan dieorang. Selalunye dieorang akan suruh kita baca sendiri. Saye kalau bab2 baca ni memang malas banyak bukan malas sikit. Huuuuuu


/>

Sunday, September 19, 2010

Umar


Assalamualaikum

Kawan2 masih ingat tak post tentang anak buah saye dulu? Sekarang die dah 3 bulan. Hehe.




Hehe comel kan

Monday, September 6, 2010

Akibat Terlalu Pandai

Salam kawan2

Semalam saye ada terbaca di akhbar tentang Stephen Hawking. Orang ramai heboh pertikaikan teori terbarunye dalam buku ' The Grand Design '. Dalam teori itu, Stephen Hawking menyatakan bahawa tuhan tidak terlibat dalam penciptaan alam semesta. Dia berpendapat bahawa hukum alam seperti teori graviti dan laen2 sudah cukup untuk menerangkan tentang penciptaan alam semesta.

Teori ini bertentangan dengan teori fizik klasik oleh Sir Isaac Newton, yang menyatakan bahawa tuhan terlibat dalam penciptaan alam semesta. Sudah tentu, teori Stephen Hawking ini menimbulkan kontroversi dan menjadi pertikaian orang2 yang mempercayai wujudnye tuhan. Tidak kira orang itu beragama islam, buddha, hindu atau lain2. Inilah akibat terlalu pandai. Yang saye tahu biasanye orang2 yang mendalami ilmu sains ni akan semakin dekat dengan tuhannye. Tapi Stephen Hawking laen pulak ceritanya.

Stephen Hawking terkenal dengan teori 'Black Hole'. Beliau juga merupakan bekas Lucasian Chair of Mathematics di Universiti Cambridge. Ternyata beliau sangat bijak. Lucasian adalah jawatan akademik yang paling berprestij di dunia. Sir Isaac Newton juga memegang jawatan yang sama dulu. Cukup kagum. Tapi malangnya semakin mereka berfikir, semakin mereka jauh dari tuhan. Namun saye tak nafikan ada juga para saintis yang semakin dekat dengan tuhan mereka. Tak kurang juga yang memeluk islam setelah mendalami ilmu sains dan lain2. Tapi bagi saye, pandai camne pun orang tu tetap masuk kubur jugak satu hari nanti.

Stephen Hawking ni die ade penyakit urat saraf. Die cakap gune komputer dengan alat sintesis suara

Tuesday, August 31, 2010

G0m0k 9enDek Yang Baik Hati

Yang dinanti-nantikan telah tiba. Akhirnya saye dapat award pertama. Trofi yang berupa kasut getah yang bergaya kaki. Tadaaa! Boleh pakai di mana2 sahaja. Ke bendang mahupun ke kuliah. Dinner pun boleh jugak.


Haha. Ape2 pun terima kasih ye Cik g0m0k 9enDek sebab bagi award ni. Die baru je follow saye semalam. Arahan yang diberikan adalah >>> Isi tempat kosong bagi soalan di bawah

1.apa yang bermain di fikiran skarang ni?
Assignments colloids yang tak siap lagi.

2.apakah nama samaran saye?
Bella, Biela, Cik Bell, Cik Nab, Bugs Bunny

3.berikan 3 orang yang anda sayang
Keluarga, Kawan2, Driver bas UM. Haha

4.panggilan aku untuk si dia
Alamak si dia saye takde lagi. Tapi rasenye saye akan panggil die Tok Imam nanti.

5.hadiah yang u all impikan dari seseorang yang istimewa.
Sejujurnye saye nak sebentuk cincin emas platinum yang bernilai dua puluh lima ribu dan cendawan goreng yang bernilai tiga ringgit.

6.blog mane yang anda suke visit.
Blog sendiri

7.tagkan 15 blogger

Sekian sudah. Sudi2 lah jawab ye. Untuk suka2 je tu.

Monday, August 30, 2010

Hari Yang Ting Tong


Salam Semua

Hari ni memang ting tong. Sebabnye kelas saye mule pukul 8 pagi smpai 5 petang. Hari saye bermula dengan test inorganic chemistry. Lepas die bagi kuliah, terus buat test. Mase die bagi 10 minit je. Tak macam kelam-kabut pulak saye tadi. Senang cite, tiru orang sebelah. Orang sebelah tataw, tiru orang sebelah. Bila sebelah2 tataw, tanye orang depan atau belakang. Bila tataw jugak redah jelah.

Then, sambung pulak dengan tutorial organic chemistry yang soalan die cam ntah ape2. Poning den. Dah tu kene panggil sorang2 jawab kat depan. Pastu bila salah, akan kedengaran pengkritik(pensyarah) mengeluarkan kata2 sindiran. Diikuti dengan lab dari 10 pagi sampai 5 petang. Cuba bayangkan 6 jam menapak dalam makmal di bulan puasa ni. Rase nak telan bahan kimia yang ade kat situ. Segalanya nampak sedap. Haha. Tapi saye bersyukur sebab dapat tutor yang sporting untuk sesi saye dalam makmal. Prof pun cool jek. Foreigner from Afrika. First time dapat orang afrika. Mase first year dapat Pakistan dengan Jerman.

Tapi tadi saye terlupa nak bawak sarung tangan. Akibatnye kulit tangan saye terhakis sikit. Kristal Phenol yang digunakan tercampak dekat tangan saye. Terus kulit jadi putih dan pedih. Then, lame2 jadi parut hitam terus. Tapi kawan saye lagi kesian, sorang terkena hot plate. Sorang lagi kena phenol jugak tapi lagi teruk dari saye. Memang silap kami terlupa nak bawak sarung tangan.
Bila habis waktu lab, memang penat giler. Nak jalan pun dah malas. Huhu

Benda inilah yang saye duduk buat dari pagi sampai petang. Memang leceh.




Sunday, August 29, 2010

Program Iftar Bersama Anak2 Yatim

Salam buat semua,

Syukur kite semua sudah berada pada Ramadhan yang ke-20. Saye pasti kawan2 telah mengisinye dengan sebaik mungkin. Pada kali ini, saye berpeluang untuk bersama-sama anak2 yatim dari Yayasan Negeri Sembilan. Program dijalankan di Masjid Jamek Port Dickson bermule jam 12.00 tgahri hingga 10 malam.

Macam2 aktiviti dijalankan. Forum, sesi taaruf, LDK dan etc. Then diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat terawikh. Anak2 yatim yang hadir kebanyakannye dalam linkungan umur 13 -17 tahun. Kire budak2 sekolah menengah la.

Saye suke untuk ade dekat dengan mereka. Sebabnye saye akan rase insaf. Haha. Tapi, kalau jumpe dieorang, perasaan saye jadi bercampur-campur. Sedih, kasihan semuanya ade. Ape2 pun terima kasih kepada Persatuan PERMANIS Universiti Malaya (saye sedang promote ni) sebab adekan program ni. Memang terbaiklah.



from left Helmi, Azvin, Adik Nadia dan yang tepi sekali tu orang asli. Hahaha

Pakaian boleh dicuci, tapi muka yang suci sukar dicari. Hihihihi

Sesi forum ~ moderator buat muka menggoda.


Sunday, August 22, 2010

Mat Asing Yang Menghancurkan Mood

Hari minggu saye pada kali ni diluangkan bersama keluarga di Seremban. Bestnye dapat berbuka same2. Yang penting dapat makan free. Hehe. Selalu sendiri kene keluar duit. Seperti biasa pengangkutan saye adalah Cik Komuter. Dan seperti kebiasaanye jugak saye berada dalam gerabak kesayangan iaitu Cik Koc Wanita.

Tapi mase perjalanan balik ke UM tadi, memang membuatkan saye hilang mood. Ade jugak umat2 lelaki yang tak faham bahasa. Ade jugak yang masuk dalam gerabak kesayangan saye. Biasanye yang tak faham bahasa ni orang asing macam nepal, mat bangla, vietnam dan set2 yang sewaktu dengannye.

Mat2 asing ni tanpa segan silu masuk dan duduk di sebelah saye. Terus terbang mood best saye. Kalau duduk diam2 takpe. Yang jadi masalah die dah stok sengaja meraba-raba. Panas betul la. Saye harapkan kalau duduk dalam koc wanita takdelah kene raba. Tapi kene jugak.

Saye pun apa lagi. Berderai air mata sebab saye jadi takut. Saye tak tahu nak buat ape. Nak tumbuk lagilah tak berani. Geng die ramai dalam tu. Nanti mane taw die santau saye. Ikut die balik Laos kunk. Minah duduk depan saye tu pun dah buat jelingan manja dekat mat asing tu bila die dah nampak saye menangis.

Saye cuba tahan. Tapi berderai jugak air mata saye seperti air sungai Ulu Langat. Nasib baek tak meraung kat situ. Malu pulak saye nanti. Tapi bila fikir2 balik rugi pulak saye tak terajang die tadi. Sakit hati betul. Nak kate saye pakai seksi, tak mungkin. Nanti kene hambat dengan ibu kalau pakai tak senonoh.

Hurm entahlah. Dah nasib nak kene. Tapi memang saye geram tadi. Rase nak jerit kuat2 kat telinga die sebut BODOH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!(Kalau cakap die bukan faham pun)



MAT ASING TU TAKDE JANGGUT CAMNI

Thursday, August 19, 2010

Mesin Yang Harganye Boleh Buat Hantaran Kahwin

Salam Ramadhan yang ke-10

Pagi tadi lepas kelas 'spectroscopy', saye dan kawan2 ke makmal IR di jabatan kimia. Tujuannye adalah untuk belajar cara2 nak gunakan mesin 'IR Spectroscopy'. Beberapa minggu sebelum tu, saye belajar gune mesin UV Spectroscopy. Sebelum tu, meh saye terangkan sikit ape itu IR Spectroscopy. 'IR spectroscopy' adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti sesuatu bahan yang tak diketahui.

Nak disenangkan cerita, korang mesti pernah tengok cerita CSI kan? Yang ade banyak versi tu. CSI Miami, CSI NY, and etc. Kalau korang perasan time die nak kenalpasti ape2 bahan yang die jumpe kat tempat kes, die akan gune mesin. Jadi, mesin IR antara yang boleh digunakan untuk tujuan ni. Tapi, banyak lagi kaedah/mesin lain yang boleh kite gune. Memang mudah dan cepat kalau kite jalankan proses ni.

Tapi, satu je yang saye tak puas hati. Pasal harga mesin ni. Sekali tengok sebijik macam printer. Bila saye tanye pembantu makmal tentang harga, die cakap satu set(mesin dan satu alat untuk perbanyakkan sample) memakan kos dua ratus ribu ringgit. Saye terus terpikir camni. "Pergh! mahal giler. Boleh beli rumah dengan kereta sebijik". Patutlah benda tu ade satu je kat dalam makmal. Saye terpikir jugak kenape mahal sangat. Cik pembantu makmal pun terangkan. Rupenye plate atau lens(saye tak pasti) yang ade dekat alat untuk perbanyakkan sample tu diperbuat dari berlian kristal. Memang patut benda tu mahal.




Inilah mesin die. Serupa macam yang saye tengok di makmal. Model Spectrum-100 FT-IR. Cam printer kan? huhu



Yang ni model lame. Besar sikit. satu unit harga die dalam tujuh puluh ke lapan puluh ribu.

ATR yang ade berlian kristal tu. Tapi gambar atas tak same dengan model yang saye tengok kat makmal.

Ape2 pun, terima kasih kepada Prof Khalijah sebab bagi kiteorang peluang untuk belajar gunekan mesin IR. Sekurang-kurangnye saye tidak hanya bergantung pada teori semata-mata.

MAJULAH KIMIA UNTUK NEGARA :D


Sunday, August 15, 2010

Rakan Muda Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2010

Pada 3 Ramadhan atau hari jumaat kelmarin, saye berkesempatan untuk menyertai Majlis Pelancaran Rakan Muda Ramadhan Peringkat Kebangsaan 2010 di Masjid Besi Putrajaya. Seramai 40 orang rakan2 dari UM termasuk saye sertai majlis tu.

Antara pengisian majlis tersebut adalah solat berjemaah, sesi ceramah bersama Ustaz Zawawi Yusof, penyampaian sumbangan penghuni rumah anak yatim, sesi bersama Ikon Imam Muda Astro Oasis IM Nuri, berbuka puasa dan Majlis Perasmian . YB Dato' Ahmad Shabery Bin Cheek, menteri belia dan sukan Malaysia juga sempat hadir untuk solat Asar berjemaah bersama-sama.

Memang best. Yang paling best saye dapat jumpe kawan saye mase tingkatan 3. Yang tak best sikit kawan saye tu cakap saye dah gemuk. Yang penting solat tarawikh die 21 rakaat dan saye buat 8 rakaat jek. Pastu witir sendiri. Bukan tak nak sambung. Tapi uncle bas UM dah sampai. Nanti kene tinggal pulak. Munasabah tak alasan saye. Hehe


















Wednesday, August 11, 2010

Harapanku Di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua

Bulan Ramadhan sangat bernilai. Bagi saye, 30 hari tu terlalu singkat. Perlu dikejar kerana seribu nikmat menunggu. Rugilah kalau saye mensia-siakan setiap saat bulan Ramadhan ni. Bulan Ramadhan adalah bulan harapanku. Kenapa saye kate begitu?

Ramadhan adalah harapan untuk saye realisasikan azam2 saye. Tarikh permulaan azam saye bukan 1 Januari. Tapi, saye memilih bulan Ramadhan. Bagi saye lebih mudah untuk capai sesuatu dalam bulan Ramadhan. Lebih bersemangat dan bersabar dalam mendapatkan sesuatu.

Ramadhan juga mencoretkan pelbagai kenangan untuk saye. Antaranye semasa saye menuntut di SM Sains Muar pada tahun 2006/2007. Ketika itu saye berada di tingkatan 4. Segalanya bermula di situ. Bulan Ramadhan bersama rakan2 di sana memang banyak bezanya berbanding bersama keluarga. Di sekolah itulah saye mendalami ilmu agama. Di situ juga saye mula belajar memakai tudung. Di situ juga saye belajar agar berkata-kata dengan lebih baik. Segalanya dapat diubah sepanjang bulan Ramadhan di situ. Berkat istiqamah dan sokongan kawan2. Dulu saye ni jahat taw.

Cukup saye bersyukur. Peluang tersebut telah mengubah saye menjadi insan intelektual yang lebih baik. Yang tahu seimbangkan di antara ilmu dunia dan akhirat. Dari tidak tahu apa2 tentang agama, sekarang saye berada pada tahap 20 peratus. Saye akui masih lagi rendah. Tapi saye akan cuba tingkatkan. Saye bersedia untuk berubah. Cuma perlukan sedikit masa.

Saye harap, saye dapat berkawan dengan kawan2 yang lebih alim dari saye. Senang saye nak contohi mereka. Begitu juga harapan saye terhadap bakal suami(Umur dah 20 tahun. Jadi, harus fikirkan huhu). Kalau boleh biarlah die yang membimbing saye bukannya saye yang bimbing die. Ilmu agama saye terlalu rendah. Saye tak yakin untuk bimbing orang dalam ilmu agama.

Ape2 pun, Selamat Berpuasa. Same2 kita kejar nikmat bulan puasa ye.



Sunday, August 8, 2010

Gerabak Kesayangan Wanita

Salam Menjelang Puasa

Tajuk kali ni macam tak berapa sesuai. Tapi maaflah ye. Saye takde idea. Actually, saye nak cerita pasal LADIES COACH yang pihak KTM sibuk letak kat tengah2 gerabak keretapi dieorang tu. Saye sangat suke dengan gerabak tu. Sebabnye semua orang perempuan. Hihi. Jadi, pelbagai gaya bebas boleh dilakukan. Antaranye:

  • Tidur tertunduk (paling ramai orang buat)
  • Tidur ternganga (yang ni gaya automatik, tak bolah nak kawal. Haha)
  • Duduk gaya ala brader2 (silang kaki tinggi2)
  • Korek hidung (belum pernah nampak lagi. Tapi yang sorok2 mungkin dah ade kot)
Banyak lagi sebenarnye. Apepun, ia memberi keselesaan buat semua para wanita.

Tapi, petang tadi memang saye tak puas hati dengan sorang mamat ni. Saye tak tahulah die orang Malaysia atau orang luar. Saye tak kisah kalau die sekadar berdiri dalam ladies coach tu. Tapi yang saye marah, dahlah masuk dalam gerabak kesayangan saye tu, dah tu die sibuk nak rebut2 tempat duduk dengan orang perempuan. Dah tu siap langgar2 pulak tu.

Geram betul saye. Sepak kang! Tercabut seluar. Tak malu. Naseb baek saye pakai baju pink. Aura sopan terserlah. Dah tertulis dekat coach tu LADIES ONLY. Tak faham2 jugak. Takkan nak letak satu dunia punye bahasa dekat gerabak tu. Nanti pintu nak masuk pun orang dah tak nampak.


PAPAKU PULANG DARI KOTA
PAPAKU BELIKAN GERABAK
GERABAK KECIL WARNA PELANGI
BOLEHKU BAWA JUMPA PAKWE

PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON
GERABAK COMELKU BERBUNYI
MARILAH BLOGGERS MARI NAIK
BOLEHKU BAWA JUMPA NENEK

SEKIAN LAGU SAYE : GERABAK WANITAKU

Friday, July 30, 2010

Mahasiswa UM mati jatuh bangunan

Petang tadi, seorang mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya mati terjatuh bangunan di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah. Untuk cerita yang lebih lanjut, sila ke umtoday. Kejadian ni berlaku disebabkan kurangnye langkah keselamatan yang diambil oleh pelajar tu sendiri. Tahun lepas juga, seorang pelajar UM mati akibat terjatuh bangunan di kediamannye di Kondo Vista. Saye tak tahu nak ulas ape dah. Ape2 pun takziah dan kite sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.

Monday, July 26, 2010

Sombong Yang Tidak Disengajakan

Macam mane tu ye sombong yang tidak disengajakan. Senang cerita, sejak akhir2 ni ramai sangat umat manusia yang mengatakan saye sombong. Dieorang cakap saye ni muka KEREK. Sejujurnye memang saye tak sedar saye dah terKEREKkan(jangan gune dalam karangan ye) muke.

Banyak kali dah saye cakap dengan dieorang sebelum ni. Saye memang camni. Jadi jangan terasa kalau saye tak senyum atau buat muke sombong. Saye dah cube manis-maniskan tapi susah. Sebab saye rase macam tak ikhlas. Bile tak ikhlas saye akan mule rase macam orang gila. Saye pun tataw kenapa saye berperasaan camtu. Mungkin kene badi orang gila kot.

Sebelum ni pun saye ade post tentang ni. Kalau siape2 belum bace boleh klik kat sini. Kawan2 jangan cakap saye sombong ye lepas ni. Kalau tak, saye jadi sangat sedih. Kemungkinan akan mengalirkan air mata(emosi itu penting)



YANG PENTING MUKE SAYE TAK SESOMBONG PROFESSOR YANG KAT ATAS NI. YANG NI SOMBONG SANGAT. MENTANG2LAH ADE CERMIN MATE BULAT. TAK NAKLAH KAWAN CAMNI.

Minggu Promo 10

Lame betul saye tak update blog. Akhir2 ni memang saye sibuk. Kali ni saye just nak promote MINGGU PROMO kepada blogger2 yang menuntut di UM tak lupe kepada followers tersayang. Jadi, saye nak jemput kawan2 mendaftar di Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaya. Untuk sesi kali ni, pasti pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan. Harap kawan2 UM dapat membantu untuk jenamakan kembali SERUM 2010. Terima kasih.


Rajin2 ke blog SERUM UM ye

Btw, saye tataw kenapa poster ni hilang sebelah. hihi

Tuesday, July 13, 2010

Si Pemikir Digit Binari

Kawan2 pernah terfikir tak, bagaimana gambar yang diambil dengan kamera, boleh di'copy'kan ke memory komputer? Ape bentuk data yang dihantar? Mungkin ramai yang tak berminat nak tahu. Tapi dengan mengetahui serba sedikit tentang perkara ini, kite akan lebih menghargai teknologi bukannye menyalahgunakan kelebihan tersebut.

Bagi saye orang zaman sekarang adalah pengguna yang hebat dan tak kurang juga seorang yang berinovasi. Jika kite lihat, pelbagai teknologi baru telah diperkenalkan. Ia seakan-akan terlalu mudah untuk mencipta sesuatu yang canggih pada hari ini.

Setiap benda baru, mesti ade perintis@yang memulakan@yang mencipta serta merangkap SI PEMIKIR. Hari ni saye nak perkenalkan seorang pemikir yang hebat iaitu GEORGE BOOLE. Encik Boole ni telah mencipta satu sistem yang kite panggil BOOLEAN LOGIC. Apekah itu?

Boolean Logic adalah satu sistem operasi logikal yang banyak kite gunakan dalam 'hardware and software' dan ia merupakan asas kepada semua elektronik digital yang wujud pada zaman sekarang. Sistem ini adalah manipulasi daripada penciptaan 'BINARY DIGIT'.

Penggunaan Digit Binari sangat kompleks. Namun, kod2 inilah yang digunakan dalam penghantaran data di antara dua alat elektronik dan lain2. Contoh macam dekat atas tadi. Penghantaran gambar daripada kamera ke komputer.

Dalam sistem digit binari, hanya dua kod yang digunakan ; 0 dan 1. Contoh termudah adalah apabila kite menaip. Katekan saye nak taip angka 5. Apabila kite menekan angka 5 pade papan kekunci, ianya akan ditukarkan ke digit binari 101(kalau tak silap saye). Cuba anda bayangkan jika kite menulis berpatah-patah perkataan. Tidakkah ia sangat kompleks?

Oleh itu, Si Pemikir memang tak ramai yang ade kat dunia ni. Korang dapat rase tak betapa botaknya rambut dieorang sebab nak cipta benda ni. Kawan2 perlu berterima kasih pade Si Pemikir sebab die dah tolong fikirkan untuk kite. Kalau takde orang2 camni, takdelah dunia blogger, telefon, dan lain2. Sedangkan kalkulator MYDIN yang harga dua ringgit tu pun guna Digit Binari taw. Jadi, saye nasihatkan agar kawan2 gunakan fungsi komputer sebaik mungkin. Orang yang mencipta mengharapkan kebaikan terhadap apa yang dicipta. Saye rase kalau Si Pemikir ni masih hidup, die mesti sikit menyesal cipta Digit Binari sebab kadang2 benda ni membawa kepada keburukan.

Kalau ade info tambahan, kongsikan ye. Semua ni adalah dari pembacaan saye sendiri. Kalau ade silap harap dapat betulkan.


DIGIT BINARI YANG DIGUNAKAN

Sunday, July 11, 2010

Bukan Kegilaanku

Sekali lagi saye membicarakan tentang bola. Walaupun saye tak minat, tapi masuk ni dah 2 kali saye post tentang bola. Di kala satu dunia membicarakan final match pagi nanti, saye langsung tak rase ape2. Kawan2 kat UM ni sibuk ajak pergi tengok match. Terima kasih sajelah kawan2. Saye tak berminat. Saye mahu tidur. Esok ade kelas pukul 8 pagi.

Haha skema. First day kuliah jangan mimpi saye nak bagi tumpuan. For sure roh saye masih di awangan. Datang nak tengok wajah lecturer je. Sedut AURA dulu. Baru belajar.

Ape2 pun saye dah jadi senior. Junior saye sangat baik. Tapi umur junior saye lagi tua dari saye. Maknenye tiada 'KAKAK-KAKAK' ye. Harus ingat. Panggil saye nabilla okey. Satu lagi saye tak boleh buli die. Ish2x ruginye.



Friday, July 2, 2010

Saye Hanya Mampu Melihat

Sejak beberapa hari yang lalu, isu Rumah Titian Kasih(RTK) hangat dibualkan. Tentu kawan2 semua dah tahu tentang kisah mereka. Ape2 pun, isu ini telah mengingatkan kembali kepada pertemuan saye bersama salah seorang penjaga RTK merangkap bendahari RTK sendiri iaitu Kakak Nurfadhilah. Saye berjumpe dengan beliau semasa kolej kediaman saye di Universiti Malaya ni anjurkan satu projek kebajikan.

Pihak Kolej kediaman saye telah menjemput 30 orang anak2 dari Titian Kasih untuk bersama kami dalam projek ni. Syukur, jemputan oleh pihak kolej kami disambut baik dan anak2 ni sudi datang bagi menjayakan projek tersebut. Sebelum projek bermula, saye bersama rakan2 yang lain sempat meluangkan masa bermesra dengan mereka. Saye juga sempat berbual dengan Kak Fadhilah.

Macam2 yang Kak Fadhilah ceritakan dan luahkan pada saye terutamanye tentang masalah kewangan. Tak dapat untuk saye karangkan di sini. Terlalu banyak yang diluahkan. Ape2 pun saye hanya mampu mendengar. Hati mahu menolong tapi terlalu banyak halangan dan rasenye di luar kemampuan saye.

Melihat kepada anak2 RTK yang datang, betapa bersyukurnye saye ketika itu. Apa yang saye rungutkan dalam hidup selama ni sangat disesalkan. Sudah tentu saye jauh lebih beruntung daripada mereka. Di hujung pertemuan, Kak Fadhilah ade memberi saye nombor telefon RTK serta alamatnya. Die jemput saye datang untuk ajarkan anak2 ni mengaji atau adakan tuisyen secara sukarela. InsyaAllah satu hari nanti jika diberi kesempatan saye akan datang. Sama2 kita doakan kebaikan untuk mereka semua.


Wednesday, June 30, 2010

Saye Tak Suke Bola Sepak

Inilah kenyataannye. Saye dah cube untuk mencintai bola sepak. Tapi saye dah tak mampu nak berpura-pura lagi. Saye tetap tak boleh. Sebab yang utama:

  • Saye stress bile tengok bola. Sebab sampai habis perlawanan pun saye tak boleh nak decide saye sokong team mane. Jadi saye jadi tertekan bile time nak pilih team. (agak DUNGU disitu). Oleh kerana saye wanita yang BENCIKAN STRESS, saye perlu jauhi benda2 ni~hoho
  • Saye sebenarnye tak boleh terima bile lebih 20 orang yang kat atas padang rebut satu bola.
  • Bile musim bola tak kisah lah EPL ke, FIFA ke, LIGA SUPER ke, saye tak boleh nak tengok rancangan kegemaran. Terpaksa rebut. Dan saye paling pantang kalau adik lelaki atau ayah saye tengok siaran ulangan. Dah tengok yang LIVE nak tengok yang ulang punye lagi. Bagilah peluang kat saye pulak. Hah!
  • Saye tak suke bile maen bola lebih satu jam tapi tak masuk gol. Cis! (Saye tahu memang susah nak masukkan gol)
  • Yang penting saye tak suke Bola Sepak sebab bile saye maen futsal, bola yang saye sepak tak melantun tapi die pusing2 je. (Yang sebenarnye saye tak reti nak menyepak bola)


Tuesday, June 29, 2010

Radikal Bebas : Bahagian 1


Tajuk entri kali ni tak sehangat gosip2 artis. Tiada cerita tentang
ARIEL PETERPORN. Bosan dah dengan kisah hidup porno die tu. Kite tinggalkan kisah hidup terlampau peterporn. Mari kite gosipkan tentang radikal bebas yang jauh lebih penting untuk kite ketahui haha.

Biasenye kalau korang beli makanan tambahan atau dengar Cik2 salesgirl mem'promote', mesti die banyak sebut pasal radikal bebas. Contoh ayat biase cik2 salesgirl " Ini ubat baik punya. Boleh menentang radikal bebas. Kasi angkat satulah. I pun pakai ini barang".

Tapi korang tahu tak ape sebenarnye radikal bebas tu. Adakah orang yang bebas seperti Ariel PeterPorn? Jawapannye sudah tentu tidak. Radikal bebas jauh lebih bebas dan bahaya dari PeterPorn. Hah! Jangan sangka Si Porno tu yang paling hebat.

Okey radikal bebas dalam terma sainsnye adalah atom atau molekul yang mempunyai elektron yang tidak berpasangan. Mari kite gunakan analogi Peterporn. Andaikan Peterporn tidak berpasangan a.k.a masih single. Macam tulah molekul yang takde pasangan elektron(analogi yang tak boleh nak pakai sangat). Jadi, radikal bebas sangat reaktif dan tidak stabil.

Untuk stabilkan elektron yang tidak berpasangan, radikal bebas akan menyerang protein, lemak dan DNA yang terdapat dalam sel badan kite. Radikal bebas yang biase terdapat dalam badan kite adalah yang jenis ROS atau dikenali sebagai Reactive Oxygen Species. Contoh, Superoxide Anion, hydroxyl radicals and hypochlorous acid.

Badan kite secara semulajadinye akan menghasilkan radikal bebas atau ROS selagi kite bernafas dengan oksigen. Maknanye, ROS terhasil daripada proses pengeluaran tenaga daripada nutrisi dan prose hidup yang lain. Oleh itu, radikal bebas tidak akan menjadi masalah terhadap sistem badan jika ia berada pada tahap yang rendah. Tapi, masalah akan muncul apabila penghasilan radikal bebas terlalu tinggi. Bahan ini cenderung untuk terkumpul dan akan menyerang sistem badan kite. Faktor lain yang boleh menyumbang peningkatan radikal bebas adalah stress, pencemaran, cahaya UV, bahan radiasi, asap rokok dan banyak lagi. Ape2 pun nantikan sambungannye. ZASSS! Haha tetibe jek.


NAMPAKNYE HIDUP KITE DIKECAM OLEH ENCIK KAMBING NI ~HOHO

Monday, June 28, 2010

Contest Muslimah Anggun

Terima kasih kepada FARIDA sebab tag saye untuk sertai QUICK CONTEST. Tapi saye minta maaf sebab tak dapat nak join atas sebab2 tertentu. Ape2 pun, saye boleh tolong promotekan kepada followers saye yang tak berapa nak ramai ni and bloggers yang laen. Mungkin saye agak terlambat nak promote sebab contest ni habis tengah malam esok. Tapi, saye rase sempat je lagi. Hadiah die SHAWL taw. Oleh kerana saye perlu tag dua orang, so saye nak tag DOYAH and ORUL. Tapi yang lain2 jangan lupe join okey.


CoNtEsT CeRiTaSIgAdIs..;)

CIK PENGANJUR CONTEST MUSLIMAH ANGGUN. KLIK SINI UNTUK INFO CONTEST

Friday, June 25, 2010

Kesempitan seperti Adnan Sempit


Akhirnye saye berjaye susun jadual untuk semester 3. Saye rase yang ni adalah yang terbaik. CONFIRM. 6 subjek
kimia dan satu subjek luar jabatan, maths. Tak nak ubah lagi dah. Masuk ni dah 3 kali saye buat ADD and DROP. Fakulti sains kat UM ni die tak guna pakej. Same jugak dengan sesetengah fak lain. Tak macam kat universiti lain, setiap sem die dah siapkan pakej. Saye rase yang tu lagi mudah kot.

Every semester pandai2 susun jadual ikut kehendak sendiri. Banyak jugak kelebihan sebenarnye. Salah satu, dapat jaga pointer. Tapi saye rase pointer saye macam tak berjage. Lecturer UM memang kedekut markah. Bagi ciput2 je(statement bahaya)

Tapi yang susah bile jadual bertindih atau satu2 subjek yang kite nak ambil tu dah penuh. Lagilah tambah pening kepala nak cari subjek yang lain. Kadang2 sampai tak cukup jam kredit sebab daftar lambat.



HARAP2 SAYE TAK JADI MACAM NI

Semester depan semuanye bakal jadi SEMPIT. Lebih sempit dari semester sebelumnye. Projek saye dengan Sekretariat Rakan Muda UM ade 2. Projek2 kecil lebih dari 3. Lab pun ade 3. SEMPIT otak saye camni. Hidung, telinga, mata semuanya SEMPIT. Duit pun boleh SEMPIT. Baju je yang TAK SEMPIT.

STRESS SAMPAI TERCABUT KAIN ~ HAHA

Thursday, June 24, 2010

PINK LOLIPOPS 1st FREE GIVE AWAY

Saye telah di tag oleh KAK MIA untuk join GIVEAWAY. Terima kasih kak sebab ingat pade saye. Ni kali pertame saye ditag sejak mule berblogging dua bulan yang lepas. Yang anjurkan GIVEAWAY ni adalah KAK AYU. Jika ade sesiape yang berminat nak join bolehlah ke SEWING MAKES ME CRAZY. Dapat hadiah handbag taw.


Sebenarnye KAK AYU ni seorang tukang jahit. Die terima macam2 jenis tempahan seperti baju kurung, langsir, dress dan khidmat jahit manik pun ade. Tapi kali ni die dengan baik hati buat FREE GIVEAWAY. Maklumlah sekarang dah bulan REJAB. Ni salah satu cara KAK AYU nak tarik pelanggan buat tempahan untuk musim perayaan nanti. Bagus kak.

Saye kalau hiasan manik pade baju ni tak berapa minat. Sebab saye lebih gemarkan yang simple2. Tapi saye boleh rekemenkan KAK AYU pada kakak saye. Kakak saye ni jenis manusia yang suke hiasan manik dekat baju. Kalau boleh die nak letak banyak2. Bagi berat baju tu cecah satu kilogaram hoho.

Saye perlu tag 3 orang yang lain. Jadi saye pilih

Wednesday, June 23, 2010

Bedak Talkum dan Barah

Nama sebenar Talkum adalah MAGNESIUM SILIKAT TERHIDRAT. Bahan ni selalu digunakan dalam makanan, kosmetik, dadah dan etc. Tujuan talkum digunakan dalam kosmetik adalah untuk dijadikan sebagai penyerap, bahan tambah warna serta sebagai bahan lengai. Dalam post ni, saye nak tekankan kandungan talkum yang ade dalam produk kosmetik. Mungkin ramai yang dah tahu tentang hubunga talkum dan barah.

Tapi, penggunaan bedak talkum(untuk badan) kini dibimbangi dengan risiko BARAH OVARI. Keputusan beberapa kajian menunjukkan bedak talkum yang disapu pada kawasan genital, tuala wanita serta yang berdekatan boleh berhijrah ke lapisan yang melindungi ovari dalam badan.

Talkum kosmetik seharusnya tidak mengandungi sebarang sisa2 bahan galian. BARAH OVARI berlaku disebabkan talkum dicemari bahan2 galian yang lain seperti asbestos dan silika. Talkum juga tidak akan mengundang risiko BARAH PARU2 jika saiz partikel talkum yang dihidu berukuran lebih dari 5 micrometer.

Ape2 pun kajian terhadap talkum masih lagi tidak konsisten. Bagi kawan2 yang risaukan tentang risiko ni, boleh beralih kepada alternatif lain. Contohnye bedak yang menggunakan serbuk kanji jagung.


Tuesday, June 22, 2010

Game Bodoh, Terasa bodoh

Kali ni post saye memang tak berapa nak bernas. Bukan isu semasa atau gosip2 artis, tapi rasenye sekadar luahan hati disebabkan tertipu oleh KOKOCRUNCH. Korang mesti tahu kan ape itu KOKOCRUNCH. Makanan bijirin pujaan ramai mase kecik2 dulu. Yang tag die, "COKLAT MENCURAH-CURAH KEDALAM GANDUM DAN POOFFF!! JADILAH KOKOCRUNCH!!!". Hah! korang ingat tak?

Sejujurnye saye layan lagi KOKOCRUNCH sampai sekarang. Kalau korang perasan die selalu bagi free gift kan. Contoh macam anak patung plastik. Sah2 saye buang dalam tong sampah. Tapi kali ni die bagi CD game free. Dalam hati berkate "ceh poyo giler bagi CD"(dengki). Adek saye pun bile tengok dapat CD game die dengan excited suruh saye pasang. Mahu tak mahu saye pasang jugak.

Rupenye game HELIKOPTER dengan BERUANG KUTUB. Macam biase, mestilah saye perlu test dulu. Tanpa membace instruction, saye terus mula. Saat "TERASA BODOH" bermula. Saye ingatkan kene tembak beruang tapi rupanye kene SNAP gambar BERUANG KUTUB tu dan dalam mase yang same kene control helikopter sekali. Kalau nak dapat markah tinggi kene snap muka BERUANG . Tapi kalau nak lagi bagus snap LUBANG HIDUNG die. Masalahnye saye asyik ter'snap PUNGGUNG BERUANG KUTUB tu. Jadi, dapat markah sikit je. Pada saat tu, saye terasa diperbodohkan oleh PUNGGUNG BERUANG KUTUB dan KOKOCRUNCH. Hah bodoh punye game. Saye tertipu.

Terasa nak memberontak pun ade. Ketuk CD tu dengan tukul besi. Bagi pecah berderai. Tapi bile fikirkan balik, saye beli KOKOCRUCH(bijirin kanak2 riang). Memang padanlah dapat game snap gambar haiwan. Lainlah kalau saye beli senapang M-16. Baru dapat yang tembak2 punye. Bile dah camtu, saye terus bercadang nak pergi beli CD game tembak2 punye. Bagi puas hati hohohahahaha.


PUNGGUNG BERUANG KUTUB TELAH MEMBUATKAN SAYE EMOSI

(=_=)

MAAFKAN SAYE WAHAI FOLLOWERS. ENTRI KALI NI SEDIKIT MEROSAKKAN MINDA

ShareThis